Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan M'sia cadang bentuk Pasukan Khas reformasi institusi: Azalina

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bercadang menubuhkan Pasukan Khas mengenai reformasi institusi merangkumi pemegang taruhan berkaitan dalam tempoh terdekat.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata penubuhan pasukan terbabit bertujuan menjalankan kajian serta senarai cadangan membabitkan reformasi institusi untuk dibentangkan kepada Kabinet.



"Bagi memperluaskan pembabitan pasukan ini, mereka akan mengadakan libat urus dengan masyarakat awam dan pihak berkaitan yang mana mereka boleh menyerahkan cadangan terus kepada kami.



"Kami juga akan meneruskan usaha pentadbiran sebelum ini untuk mengusahakan pemansuhan hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman alternatif yang sesuai," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 semalam.



Datuk Seri Azalina berkata, beliau juga akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Undang-Undang yang bebas daripada Jabatan Peguam Negara.



"Suruhanjaya bebas ini akan membolehkan mereka membabitkan diri spektrum yang lebih luas, bukan sahaja dalam bidang perundangan malah dalam kalangan ahli sosiologi, saintis dan komuniti perniagaan untuk mencadangkan pembaharuan kepada undang-undang yang diperlukan," katanya.



Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan berhasrat memperkasakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menerusi pindaan Akta Suhakam 1999 dengan memperluaskan lagi fungsi dan kuasa suruhanjaya itu.



Katanya, ia bagi memberi suruhanjaya terbabit kekuatan institusi yang diperlukan bagi mempromosi dan memartabatkan hak asasi manusia di Malaysia dengan lebih berkesan.



"Ini termasuk melantik individu dari pelbagai latar belakang dengan pengalaman dan pengetahuan sesuai dalam hak asasi manusia ke dalam Suhakam malah, semakan lanjut juga akan dibuat mengenai pengaturan pembiayaan kepada suruhanjaya ini untuk memastikan kebebasan Suhakam dapat dipelihara.



"Dengan keyakinan, kerjasama dan sokongan anda, kami akan berusaha untuk memastikan Kerajaan Perpaduan ini komited untuk bertindak mengikut cadangan yang diberikan oleh Suhakam," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >