Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan M'sia kirim vaksin tambahan ke Johor

Mar 15, 2021 | 05:30 AM



ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Malaysia dijangka mengirim vaksin Covid-19 tambahan kepada Johor tidak lama lagi bagi suntikan antara 50,000 dengan 100,000 pekerja Malaysia yang bertugas di Singapura bagi membolehkan kerajaan membuka semula sempadan Malaysia dengan Singapura menjelang Mei atau Jun. "Kerajaan Persekutuan Malaysia perlu mengimport lebih banyak vaksin agar mereka yang bekerja di Singapura boleh mendapatkan suntikan lebih awal lagi," kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, dalam wawancara dengan akhbar The Star semalam. Katanya, pembukaan semula sempadan dengan Singapura penting dalam merangsang ekonomi Johor.



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengendalikan bekalan vaksin tambahan buat Johor dalam memberi suntikan kepada pekerja yang terbabit, ujarnya, sambil menembah kerajaan negeri Johor amat berterima kasih kepada Menteri Khairy Jamaluddin kerana bantuannya. Sempadan darat dua negara ini telah ditutup sejak 18 Mac tahun lalu.



Datuk Hasni berkata vaksinasi bagi pekerja Malaysia yang bertugas di Singapura akan dilakukan secara bertahap-tahap kerana sekitar 400,000 warga Malaysia merentasi sempadan untuk bekerja di Singapura setiap hari.



"Kami akan mulakan dengan sekitar 50,000 hingga 100,000 dos vaksin terlebih dahulu. Memandangkan Malaysia juga menggunakan vaksin yang sama seperti Singapura (Pfizer-BioNTech), tidak susah untuk kedua-dua negara mengenal pasti proses inokulasi menerusi sijil yang tersedia dalam aplikasi MySejahtera," katanya. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >