Kerajaan Muhyiddin masih berdiri walau Umno batal sokongan , Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

ANALISIS BERITA

Kerajaan Muhyiddin masih berdiri walau Umno batal sokongan

Jul 10, 2021 | 05:30 AM

TAN Sri Muhyiddin Yassin masih kekal sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya tidak terbubar selepas Umno menarik balik sokongan ke atas Presiden Bersatu itu.

Penarikan balik sokongan yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu tidak memberi sebarang kesan ke atas status Tan Sri Muhyiddin yang kini menjawat jawatan Perdana Menteri dalam tempoh darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari lepas.

Malah dalam tempoh darurat, kerajaan kekal keabsahannya dan menikmati status quo tanpa halangan selagi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berpuas hati bahawa Perdana Menteri masih mendapat keyakinan majoriti Anggota Parlimen (AP).

Profesor Datuk Dr Nasrudin Mohammed, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA, berkata berdasarkan status sekarang adalah wajar untuk menjangka bahawa kerajaan PN masih berfungsi sehinggalah mekanisme perundangan membuktikan berlakunya kehilangan majoriti.

"Bagaimanapun, Parlimen tidak bersidang dalam tempoh darurat; bermaksud ruang untuk menguji keyakinan Anggota Parlimen tidak ada. Sepertimana saya katakan, selebihnya terserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan mekanisme khusus bagi mengukur tahap keyakinan majoriti Anggota Parlimen terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Yang di-Pertuan Agong juga boleh memutuskan untuk atau tidak, memanggil, memprorog mahupun membubarkan Parlimen. Itupun sekiranya isu peletakan jawatan Perdana Menteri tidak timbul," katanya menjawab soalan Berita Harian mengenai kemelut politik yang melanda Malaysia semasa ini.

Pada 7 Julai lepas, mesyuarat MKT Umno membuat ketetapan menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai PM8 dengan tujuh alasan beliau gagal menangani pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara.

Bagaimanapun, MKT Umno menyerahkan kepada 36 AP mereka menggunakan budi bicara masing-masing sekiranya timbul undi percaya atau tidak percaya ke atas Tan Sri Muhyiddin berdasarkan panduan yang diputuskan oleh parti.

Bagi Felo Kanan, Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, Tan Sri Muhyiddin masih sah sebagai PM, dan kerajaan PN belum lagi jatuh seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Menurutnya, kerajaan masih lagi berfungsi walaupun kehilangan majoriti, kerajaan sedia ada adalah kerajaan minoriti negatif dan masih lagi dapat meneruskan kuasanya, kecuali dari segi moral dan legitimasi boleh dipertikaikan.

"Yang diperlukan oleh pencabar atau pembangkang sekarang ialah mereka mempunyai majoriti positif, dengan mengemukakan calon yang mempunyai sokongan majoriti.

"Tetapi bagaimanakah perkara ini dapat berlaku kerana Umno menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang partinya yang mempunyai 36 Anggota Parlimen, dan pada waktu yang sama Umno juga menolak DAP yang mempunyai 42 Anggota Parlimen. Umno mempunyai 38 Anggota Parlimen yang bukan semuanya menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya kepada Berita Harian.

Berikutan itu, Menurut Dr Jeniri, tindakan UMNO menarik balik sokongan itu lebih kepada untuk memenuhi kepentingan dan agenda puak tertentu kerana sebelum ini dalam satu mesyuarat sebahagian besar AP Barisan Nasional (BN) tidak setuju gabungan itu keluar daripada kerajaan PN.

Malah, katanya, sebahagian daripada pemimpin Umno sendiri, termasuk anggota MKT dan AP parti itu, tidak bersetuju dengan ketetapan yang diambil itu. Jadi, tindakan Umno itu adalah sebagai tindak balas kepada tindakan atau keputusan Tan Sri Muhyiddin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.

Bagaimanapun, bagi Profesor Datuk Nasruddin, keputusan Umno itu keputusan kepimpinan tertinggi parti dan konsisten dengan pendirian parti itu sebelum ini, terutamanya melalui resolusi Perhimpunan Agung Umno (PAU) mengenai ketetapan yang sama.

Menurutnya, ia juga dilihat konsisten sejak awal semasa persetujuan mengadakan persefahaman bersama dibuat oleh parti-parti yang pada hari ini menjadi kerajaan PN.

"Dari sudut pandang parti, walau apapun yang dianggap oleh orang luar sama ada wajar atau tidak, betul atau silap, keputusan itu tentu sahaja betul sejauh yang berkaitan dengan parti Umno.

"Keputusan itu memperlihat ketegasan pendirian parti yang berpaksi kepada persetujuan dan penerimaan secara kolektif sama ada di peringkat kepemimpinan tertinggi mahupun dalam kalangan akar umbi.

"Sebarang suara yang mempertikai keputusan itu dengan sendirinya perlu diuruskan sebagai isu dalaman parti. Perkembangan ini bukanlah seperti suatu pertikaian perusahaan yang memerlukan peranan seorang penimbangtara dan seumpamanya; ia tidak perlu diadili atau dihakimi. Ini soal dalaman parti," katanya.

Sebenarnya 'ribut' hasil ketetapan MKT Umno itu gagal menggugat kerajaan PN yang masih mendapat sokongan kuat majoriti AP Umno dan BN. Sehingga saat ini, belum ada lagi para AP berani ke depan bersama Akuan Bersumpah (SD) menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.

Malah tidak mungkin kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan dibahaskan pada mesyuarat khas Parlimen 26 Julai ini.

Jadi, Tan Sri Muhyiddin dan barisan kabinetnya dijangka terus kekal memerintah sehingga Parlimen dibubar, tetapi entah bila.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map