Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta Api Haramain bawa lebih 1.3 juta jemaah umrah sepanjang Ramadan

Apr 4, 2024 | 8:02 PM
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain menghubungkan jemaah dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi tujuan ibadah ketika musim haji dan umrah.
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain menghubungkan jemaah dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi tujuan ibadah ketika musim haji dan umrah. - Foto FACEBOOK/World Cityscapes & Skyscrapers

MAKKAH: Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain telah membawa lebih 1.3 juta jemaah umrah dan pelawat antara Madinah dengan Makkah, sepanjang Ramadan 2024.

Portal berita Saudi Gazette melaporkan perkhidmatan rel itu penting dalam memudahkan perjalanan berterusan, menghubungkan jemaah dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi tujuan ibadah umrah dan haji.

Menjangkau jarak 450 kilometer dan mampu mencapai kelajuan sehingga 300 kilometer sejam, Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain adalah projek pengangkutan terbesar di Asia Barat, direka khusus untuk melayani pengunjung Dua Masjid Suci sepanjang tahun, terutamanya ketika umrah dan musim haji.

Kereta api itu mempunyai lima stesen terletak di lokasi strategik, termasuk Makkah, Madinah, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, dan King Abdullah Economic City (KAEC) di Rabigh, bagi memastikan perjalanan mudah diakses untuk pelawat, rakyat dan penduduk. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg