Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakej umrah naik dua kali ganda di Saudi

Mar 22, 2024 | 11:57 AM



RIYADH: Agensi pengendali umrah dan pelancongan telah menaikkan hampir dua kali ganda harga pakej dan dijangka meningkat tiga kali ganda bagi pakej 10 terakhir Ramadan.


Pengendali umrah di Riyadh juga telah menaikkan hampir dua kali ganda harga pakej bas pelancongan daripada tambang biasa SR110 ($30) kepada sehingga SR200, lapor Arab News.


Yuran ini dijangka terus meningkat kepada antara SR250 dengan SR300 semasa 10 terakhir Ramadan, kata pengusaha pelancongan di daerah Hai Al-Wizarat.

“Kenaikan harga pakej umrah adalah disebabkan oleh ramainya jemaah pada bulan Ramadan,” kata pengendali pelancongan Al-Fajr yang turut menyatakan kenaikan cukai nilai tambah kepada 15 peratus sebagai salah satu sebab kenaikan harga jika dibandingkan dengan tahun sebelum pandemik.

“Kebanyakan jemaah mahu menghabiskan Ramadan di kota suci Makkah dan Madinah,” kata Encik Abdur Rahman Oomeri, seorang penduduk Riyadh yang datang untuk bertanya tentang pakej umrah, memberitahu Arab News.


Terdapat kira-kira 100 pengusaha pelancongan umrah yang tersebar di seluruh ibu negara, kebanyakannya di daerah Hai Al-Wizarat dan Batha.

Harga pakej umrah naik setiap tahun sepanjang Ramadan dan hanya tidak berlaku ketika pandemik Covid-19. Sejak sekatan pandemik ditarik semula, harga itu melambung tinggi berikutan kemasukan tinggi jemaah umrah yang kembali ke Masjidil Haram di Makkah.

Penerbangan dari Riyadh ke Jeddah juga dipenuhi penumpang.

“Tiket untuk beberapa tarikh yang lebih dekat tidak ada lagi kerana ia sudah habis dijual di tengah-tengah kesibukan Ramadan,” ujar Encik Mohammed Aslam Jameel, seorang penyelia di syarikat pelancongan Riyadh, memberitahu Arab News.

“Pada minggu ketiga Februari 2024, saya menempah perjalanan pergi dan balik bagi keluarga saya dari Riyadh ke Jeddah untuk Jumaat (22 Mac) dan ia berharga SR592 seorang, tetapi selepas menyemak harga tiket sekarang, saya boleh memberitahu anda ia sekitar SR1 ,000 ke SR1,500.

“Untuk minggu depan, ia berharga kira-kira SR2,000 dan jika anda ingin melakukan perjalanan ketika qiamulallail, ia akan menelan kos kira-kira SR2,500,” tambahnya.

Harga tiket untuk penerbangan antarabangsa juga telah melonjak pada tarikh-tarikh menjelang Aidilfitri kerana ramai ekspatriat merancang untuk pulang ke tanah air untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Peperiksaan akhir di sekolah antarabangsa juga sudah berakhir sekarang dan kelas akan disambung semula apabila sekolah dibuka semula selepas Aidilfitri.

Encik Mohammed Serajuddin, seorang warga India yang bekerja dengan Universiti King Saud dan ingin pulang India pada 4 April untuk bersama keluarganya menyambut Aidilfitri, memberitahu Arab News.


“Saya menempah tiket Riyadh ke New Delhi pada 28 Februari, yang menelan belanja SR985 , tetapi sekarang jika saya menempah tiket untuk tarikh yang sama, ia telah naik kepada SR1,200,” ujar Encik Mohammed. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >