Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Kerjasama BN dengan parti lain diputus selepas pilihan raya: Ismail Sabri

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) bekerjasama ataupun menjalin gabungan dengan parti lain dalam pembentukan kerajaan hanya akan diputuskan selepas pilihan raya berlangsung, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, semalam.



Pada masa ini, terangnya, BN dan Umno perlu melalui proses pilihan raya dan menunggu keputusannya.



"Kita tunggu keputusan. Jadi, kita kena bagi laluan dulu. Bagi kita 'cross the bridge' dulu. Jangan kita buat andaian. Susah nanti sebab kita tidak tahu apa yang berlaku.



"Selepas keputusan, insya-Allah kita akan buat apa saja keputusan yang memastikan kerajaan yang dibentuk stabil. Selepas itu (kerjasama dengan PAS - Parti Islam SeMalaysia) akan kita putuskan," katanya kepada media.



Perdana Menteri ditanya mengenai kemungkinan BN dan Umno bekerjasama dengan PAS selepas pilihan raya, bagi membentuk kerajaan.



Sebelum ini, PAS mengumumkan memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan menyatakan keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.



BN menyasarkan 112 kerusi untuk menjadi kerajaan yang berkuasa penuh selepas PRU15.



Datuk Seri Ismail, yang juga Naib Presiden Umno, berkata selepas pilihan raya, lebih baik membuat apa saja keputusan demi kepentingan negara.



"Apa yang pentingnya, kita mahukan sebuah kerajaan yang stabil, selepas itu kita akan putuskan," katanya.



Ditanya mengenai pembahagian kerusi, katanya perkara itu akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.



Katanya, pada masa ini BN akan mempertimbang semua perkara, termasuk calon daripada parti 'Friends of BN'.



"Semua akan dipertimbang dan keputusan akan dibuat secara musyawarah seperti biasa seperti sebelum ini.



"Lagipun, parti komponen tidak banyak sekarang hanya ada empat, Umno, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Lebih mudah (pembahagian kerusi)," katanya.



Beliau menjelaskan selepas pembahagian kerusi, parti akan menilai calon dan perkara itu akan dipercepat kerana tarikh penamaan calon akan diumumkan tidak lama lagi.



"Saya yakin ini semua perlu disegerakan dan kita sudah dapat senarai calon Umno Negeri dan dari segi pemutus itu Top 5 (lima pemimpin tertinggi) akan putuskan.



"Seperti kata Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kita gunakan konsep WALI iaitu 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) serta 'likeable' (disenangi)," katanya.



Mengulas mengenai dakwaan ada arahan kepada Umno Bahagian supaya menyokong usul mencalonkan beliau sebagai calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail menyatakan tiada arahan atau tekanan untuk Umno Bahagian berbuat demikian.



"Bahagian bebas membuat usul dan saya berterima kasih kepada 152 Bahagian yang menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15. Itu adalah pilihan masing-masing selaras keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.



"Ini (pencalonan sebagai PM) juga seperti diumumkan presiden dalam mesyuarat UMNO Luar Biasa yang mencalonkan saya sebagai calon PM.



"Apa yang diputuskan Bahagian ini mengikut apa yang MKT dan Presiden putuskan dan ini hanya satu penekanan sebagai sokongan kepada saya dan tiada tekanan sesiapa," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >