Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerosakan akibat gempa bumi di Afghanistan cecah AS$183j

Oct 24, 2025 | 12:34 PM
 Gempa bumi kuat yang melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos menyebabkan kerugian sebanyak AS$183 juta (S$237.7 juta), 
 Gempa bumi kuat yang melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos menyebabkan kerugian sebanyak AS$183 juta (S$237.7 juta),  - Foto: REUTERS

KABUL: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud yang melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos menyebabkan kerugian sebanyak AS$183 juta (S$237.7 juta), menurut laporan Kumpulan Bank Dunia.

Gempa bumi itu, yang paling dahsyat di Afghanistan sejak 1998, meragut kira-kira 2,000 nyawa dan menjejas antara 500,000 dengan 1.3 juta orang dengan teruk.

Bangunan-bangunan dan infrastruktur juga rosak, sesetengahnya musnah, akibat gempa tersebut.

Laporan Anggaran Kerosakan Pasca Bencana Global Afghanistan yang dikeluarkan pada 24 Oktober. memberikan pandangan kritikal untuk menyokong tindak balas kecemasan, perancangan pemulihan dan usaha pengurangan risiko strategik.

Laporan itu dibuat dengan menggunakan metodologi anggaran berasaskan model yang pantas, jauh dan mantap dengan tumpuan diberikan kepada kerosakan ekonomi langsung kepada aset fizikal.

Namun, ia tidak mengambil kira kerugian dalam pengeluaran atau pendapatan, mahupun keperluan pembinaan semula dan pemulihan.

Anggaran jumlah kerosakan ekonomi langsung sebanyak AS$183 juta bersamaan dengan lebih satu peratus daripada hasil dalam negara kasar (KDNK )Afghanistan untuk tahun kewangan 2023.

Wilayah yang paling terjejas ialah Kunarha dan Nangarhar, menyumbang 97 peratus daripada jumlah kerosakan dengan anggaran kos masing-masing mencecah AS$134.7 juta dan AS$42.6 juta.

Bangunan kediaman mengalami kerosakan terbesar - kira-kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan - diikuti oleh bangunan bukan kediaman dan pertanian.

Kebanyakan rumah yang terdedah kepada gempa bumi mudah runtuh kerana ia didirikan dengan struktur batu dan tanah liat, bumbung berat, dan asas bangunan yang lemah.

Memandangkan persekitaran luar bandar, kerugian pertanian dan penternakan amat ketara. Sektor kesihatan dan pendidikan turut terjejas, mengganggu perkhidmatan penting.

“Bank Dunia berdiri teguh dalam solidariti dengan rakyat Afghanistan susulan gempa bumi yang dahsyat di wilayah timur,” kata Pengarah Negara Bank Dunia untuk Afghanistan, Encik Faris Hadad-Zervos.

“Keutamaan kami adalah untuk bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk menyokong tindak balas kecemasan, pemulihan, dan daya tahan jangka panjang. Ini di samping memastikan perkhidmatan kritikal sampai kepada golongan yang paling terdedah, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

“Kami kekal komited untuk membantu komuniti Afghanistan membina semula kehidupan dan menyokong laluan ke arah masa depan yang lebih berdaya tahan,” tambahnya.

Beberapa hari selepas gempa bumi, Bank Dunia mengenal pasti sehingga AS$15 juta daripada projek sedia ada untuk menyampaikan sokongan kecemasan kepada kawasan yang terjejas. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg