Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerosakan empangan pecah di Ukraine bernilai $1.76b

Jun 21, 2023 | 05:43 PM



BRUSSELS: Kemusnahan empangan hidroelektrik Kakhovka telah menyebabkan kerosakan bernilai 1.2 bilion euro ($1.76 bilion), kata Menteri Alam Sekitar Ukraine pada Selasa, yang memberi amaran bahawa periuk api yang timbul ke permukaan akibat banjir, boleh hanyut ke pantai negara Eropah yang lain.


Empangan yang pecah itu yang dikuasai Russia pada 6 Jun menyebabkan banjir merentasi selatan Ukraine dan kawasan yang diduduki Russia di wilayah Kherson, membunuh lebih 50 orang dan memusnahkan rumah dan tanah ladang.

Bercakap melalui pautan video semasa mesyuarat menteri-menteri alam sekitar negara-negara Kesatuan Eropah (EU), Menteri Alam Sekitar Ukraine, Encik Ruslan Strilets, berkata penilaian kerosakan sedang dijalankan.

Ternyata empangan yang pecah itu adalah bencana alam terbesar sejak pencerobohan Russia pada Februari 2022.

“Ini antara perkara-perkara yang tidak dapat kami pulihkan. Pelbagai ekosistem hanyut ke Laut Hitam. Ini termasuk 20,000 haiwan yang mungkin mati, termasuk spesies endemik yang boleh ditemui hanya di selatan Ukraine,” katanya.

Encik Strilets tidak menyatakan apa yang merangkumi anggaran kerugian 1.2 bilion euro, tetapi berkata empangan yang pecah itu telah menyebabkan kira-kira sejuta orang kehilangan sumber air yang boleh diminum.

Ini menyusuli paras air dari kolam air di Kakhovka yang menjunam tiga perempat dan saki-baki akan hanyut ke negara lain.

“Eropah akan menemui periuk api Russia di pantainya,” katanya.

Ukraine menuduh Russia meletupkan empangan dari era Soviet itu, yang di bawah kawalan Russia sejak awal pencerobohannya.

Kremlin menuduh Kyiv mensabotaj kemudahan hidroelektrik itu.

Sepasukan pakar undang-undang antarabangsa yang membantu pendakwa raya Ukraine dalam siasatan mereka berkata “kemungkinan besar” empangan itu pecah berpunca daripada bahan letupan yang ditanam oleh Russia.

Ketua Dasar Alam Sekitar Kesatuan Eropah, Encik Virginijus Sinkevicius, berkata negara EU sedang menyelaras bekalan kecemasan termasuk bot, tempat perlindungan, empangan air, bahan perubatan dan penuras air.

Sebagai tindak balas kepada pemecahan empangan, Poland berkata Russia harus digantung daripada Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (Irena) Antara Pemerintah dan ia meminta EU menyelaraskan seruan seluruh blok untuk gagasan ini – seruan yang disokong Estonia, Lithuania dan Latvia semasa mesyuarat menteri-menteri alam sekitar. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >