Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia tolak penjelasan Ukraine tentang MH17, anggap sebagai ‘cereka’

Jun 15, 2023 | 04:10 PM



THE HAGUE: Peguam yang mewakili Russia pada Rabu menolak penjelasan Ukraine tentang penembakan jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17 di Mahkamah Dunia awal minggu ini dan menyifatkannya sebagai ‘cereka’.


Ukraine menuduh Russia di mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melanggar perjanjian antikeganasan PBB dengan membekalkan dan membiayai pasukan pro-Russia, termasuk militia yang menembak jatuh pesawat MH17, membunuh kesemua 298 penumpang dan kru dalam penerbangan itu pada Julai 2014.

Pada November 2022, mahkamah Belanda mendapati Russia “berkuasa sepenuhnya” ke atas pasukan pemisah dan membekalkan sistem peluru berpandu Buk yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan.

Ukraine mengulangi kenyataan mahkamah Belanda itu semasa membentangkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi peguam Russia, Encik Michael Swainston, menolaknya dengan mengatakan ia satu ‘cereka’.

“Ini tidak berlaku, tidak ada Buk Telar (senjata) yang didatangkan dari Russia,” katanya kepada mahkamah itu pada hari terakhir perbicaraan.

Dalam kesnya di ICJ, atau dikenal sebagai Mahkamah Dunia, Kyiv juga mendakwa Russia melanggar perjanjian antidiskriminasi PBB dengan cuba menghapuskan budaya kaum Tatar dan Ukraine di Crimea, yang dirampas Russia dari Ukraine pada 2014.

Semasa menggulung hujahnya pada Isnin, Ukraine meminta ICJ menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Moscow kerana melanggar kewajipan perjanjian itu dan mengarahkannya supaya membayar ganti rugi.

Russia menafikan ia telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik di Ukraine yang didudukinya.

Ia juga mengatakan telah mematuhi tanggungjawab di bawah perjanjian PBB menentang pembiayaan pengganasan.

Russia meminta mahkamah supaya menolak dakwaan Ukraine itu, yang dibuat pada 2017 dan dikemukakan sejurus sebelum Russia melancarkan serangan pada Februari 2022.

ICJ dijangka membuat keputusan ke atas kes itu sebelum hujung 2023 ini. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >