Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes bunuh ketua Sikh di Canada: India didakwasebagai dalang

Sep 21, 2023 | 04:18 PM



TORONTO: Dakwaan mengejutkan bahawa India berada di sebalik pembunuhan pemimpin pemisah Sikh di British Columbia telah menghidupkan semula ketegangan yang berlarutan dalam diaspora India di Canada.


India menentang nasionalis Hindu yang teguh menyokong penciptaan negara Sikh merdeka bernama Khalistan.

Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau berkata pihak berkuasa kini “secara aktif menjejak dakwaan” yang mengaitkan ejen New Delhi dengan pembunuhan pemimpin pemisah Sikh berkenaan – sesuatu yang segera diketepikan oleh India sebagai “tidak masuk akal”.

Perbalahan itu memberi tamparan baru kepada hubungan diplomatik yang telah retak selama bertahun-tahun, dengan New Delhi tidak berpuas hati terhadap aktiviti pemisah Sikh di Canada.

India kini mengancam hubungan perdagangan juga, dengan perbincangan mengenai cadangan perjanjian perdagangan dibekukan minggu lalu.

Ekoran ketegangan yang berlaku, Canada telah mengusir ejen perisikan tertinggi India dan New Delhi sebaliknya bertindak balas dengan memberi diplomat Canada lima hari untuk pulang ke negaranya.

Sebarang penglibatan pemerintah asing dalam pembunuhan warga Canada adalah “satu pencabulan kedaulatan kita yang tidak boleh diterima”, kata Encik Trudeau dalam satu kenyataan tergempar pada Isnin.

Beliau merujuk kepada Encik Hardeep Singh Nijjar, 45 tahun, yang ditembak mati di luar kuil Sikh pada 18 Jun di Surrey, pinggir bandar Vancouver – tiga tahun selepas India menyifatkannya sebagai “pengganas”.

Canada sebelum ini mendedahkan bahawa ia mempunyai maklumat risikan yang mengaitkan ejen pemerintah India dengan pembunuhan pemimpin Sikh berkenaan.

Mendiang Hardeep Singh membawa perjuangan bagi mewujudkan negara Sikh yang merdeka membabitkan bahagian utara India dan sebahagian dari Pakistan.

India menuduh beliau melakukan serangan pengganas di India, namun dinafikan pemimpin itu.

Dalam pada itu, India pada Rabu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Canada berikutan hubungan diplomatik yang semakin tegang.

Nasihat perjalanan itu dikeluarkan berikutan langkah Canada meningkatkan tahap amaran untuk warganya yang melancong ke India.

“Memandangkan aktiviti anti-India yang semakin meningkat dan jenayah kebencian serta keganasan jenayah di Canada, semua warga India di sana dan mereka yang merancang perjalanan digesa untuk berwaspada sepenuhnya,” kata Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Di Toronto, ratusan anggota masyarakat Sikh Canada berdemonstrasi di luar konsulat India di Toronto, pada Selasa kerana membantah pembunuhan mendiang Hardeep Singh.

Mereka juga menuduh pemerintah India bertanggungjawab menembak mati presiden kuil Sikh di Canada itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >