Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 baru di Parlimen Malaysia

Jul 28, 2021 | 07:49 PM



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat lagi kes Covid-19 baru dilaporkan di kawasan Parlimen, memaksa prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan dengan pergerakan keluar masuk kakitangan, pegawai serta petugas media dihadkan.


Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika mempengerusikan sidang khas Dewan Rakyat pada Rabu (28 Julai), menjelaskan keperluan supaya tempoh persidangan juga dihadkan hingga 5.30 petang , lapor Berita Harian Malaysia.


"Semalam dengan hari ini saja, kita sudah ada tiga atau empat kes. Semalam dengan hari ini. Jadi, risiko agak tinggi. Sebab itu saya tetapkan jam 5.30 itu, untuk beri peluang kepada semua berbahas.


"Kita pun sudah tidak menuruti nasihat Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) yang susah payah datang ke Parlimen, beri penekanan.


"Kalau mahu ikut nasihat beliau, sidang kita sehingga jam 2 petang saja. Sebab beliau amat gusar dan bimbang," katanya merujuk kepada permintaan Ahli Parlimen supaya lanjutan masa diberikan bagi membolehkan lebih ramai berbahas.


Pada Isnin dan Selasa, sidang khas dilanjutkan selama 15 minit hingga 5.45 petang bagi membolehkan Ahli Parlimen bertanyakan soalan tambahan, ketika menteri menjawab di sebelah petang.


Datuk Azhar juga menasihati semua Ahli Parlimen patuh kepada SOP yang ditetapkan sepanjang berada di Dewan Rakyat serta menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.


"Dalam kawasan ini (Kuala Lumpur) pun masih fasa satu, mesyuarat secara fizikal pun tak boleh sebenarnya.


"Jadi, walaupun Parlimen bebas tapi kita juga perlu memberikan gambaran yang baik kepada seluruh rakyat bahawa peraturan itu mesti dipatuhi," katanya.


Sebelum ini dilaporkan dua Ahli Parlimen dikesan positif Covid-19, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN - Bagan Datuk) serta Datuk Dr Mansor Othman (BERSATU - Nibong Tebal).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >