Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 China meningkat

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: Kes Covid-19 di China terus meningkat selepas cuti Hari Kebangsaan negara itu sepanjang minggu mulai 1 Oktober, kebanyakan jangkitan adalah dari mereka yang pulang dari bercuti dalam negeri.



Isnin lalu, sebanyak 2,106 kes dilaporkan, paling tinggi sejak Ogos.



Namun masih rendah berbanding jumlah global.



Pemerintah China mengeluarkan amaran bagi memerangi penularan wabak itu.



Kebanyakan kes adalah di bahagian dalaman Mongolia, di mana pihak berkuasa tempatan telah melarang orang ramai berkunjung ke ibu kota Hohhot.



Mereka yang berkunjung ke kawasan tersebut dilarang memasuki Beijing, di mana Parti Komunis China akan mengadakan sidang kongres pada Ahad ini.



Pihak berkuasa terpaksa bertindak mengawal merebaknya wabak tersebut sebelum ia menjadi lebih buruk.



China kekal dengan dasar "sifar Covid-19" walaupun kebanyakan negara di dunia sudah mula melonggarkan langkah-langkah pengawalan virus tersebut.



Pusat kewangan Shanghai, yang masih berusaha memulihkan keadaan selepas dua bulan mengenakan sekatan penuh awal tahun ini, kembali mengenakan sekatan di kawasan kediaman dan bangunan setelah kes-kes baru dilaporkan.



Pada minggu sebelumnya, kebanyakan kawasan di Xinjiang ditutup apabila kes jangkitan meningkat, dan penerbangan serta perjalanan keretapi dari bandar Urumuqi dibatalkan.



Pihak berkuasa berkata, mereka yang terkandas di bandar itu boleh mendapatkan pekerjaan sementara seperti juru elektrik dan tukang masak. Ini telah menimbulkan kemarahan umum.



Walaupun pemerintah kemudian menjelaskan bahawa aturan itu adalah untuk mereka yang datang ke bandar itu untuk mencari pekerjaan, namun ia mencetuskan pula keresahan yang kenyataan itu hanya suatu alasan.



Mulanya diisytiharkan sebagai "peperangan rakyat" menentang virus, langkah-langkah ketat di negara itu, termasuk pemeriksaan awam, kuarantin khusus dan penutupan semua bandar dan kota-kota, telah menimbulkan kemarahan orang ramai.



China telah dapat mengurangkan bilangan kematian akibat Covid-19, dan kini kebanyakan pesakit menunjukkan simptom ringan terkait variasi Omicron.



Namun, akhbar rasmi Harian Rakyat pada Isnin lalu menyatakan virus ini "masih lagi menjadi ancaman besar terhadap warga tua dan mereka yang menghidap penyakit."



"Kerana itu, kita mesti terus berwaspada terhadap penularan wabak ini, tingkatkan keyakinan dan kesabaran bagi mengawalnya dan jangan memandang ringan terhadap sebarang gejala yang memungkinkan penularannya," tegas kenyataan akhbar itu lagi.



Seorang warga Singapura berusia 31 tahun, yang bekerja di Beijing sejak lebih setahun lalu, diarahkan menjalani kuarantin pada Sabtu lalu selama tujuh hari.



Beliau terpaksa menukar jadual penerbangannya untuk pulang ke Singapura yang pada mulanya dijadualkan kelmarin. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >