Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA: MALAYSIA

Kesan 'pembekuan' dana Bersatu jelang pilihan raya negeri

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



BENAR apa yang diperkatakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa parti politik yang bebas daripada rasuah tidak perlu gentar dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di bawah pimpinan mantan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini di bawah penyiasatan SPRM perlu memberi ruang kepada badan penyiasat rasuah tersebut melaksanakan tugas mereka secara profesional seperti yang dilakukan terhadap parti lain sebelum ini.



Seperti apa yang dinyatakan oleh Datuk Anwar yang merujuk kepada Bersatu semasa akaun bank Umno dibekukan, Tan Sri Muhyiddin menyokong langkah itu malah memuji profesionalisme SPRM.



Telah tercatat dalam sejarah negara pada Jun 2018, sebulan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi PM7, Umno turut berhadapan masalah yang sama apabila SPRM membekukan akaun parti itu.



Sejumlah RM193 juta ($59.4 juta) milik parti itu dan beberapa pihak disita kerana didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Bagaimanapun pada 7 Februari 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wang Umno yang dibekukan oleh kerajaan pada 2018 bukanlah daripada 1MDB.



Sebenarnya pembekuan akaun parti yang baru berusia enam tahun itu memberi impak yang besar kepada rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) terutamanya Parti Islam SeMalaysia (PAS).



PARTI 'TIN MILO'



PAS, yang berusia 70 tahun dan dengan keahlian parti tersebut melebihi sejuta orang, mempunyai jentera pilihan raya yang kuat dan cekap, tetapi mengharapkan kepada bantuan dana daripada Bersatu dan pada masa yang sama Bersatu - yang agak serba kekurangan dalam soal logistik serta jentera - memerlukan PAS.



PAS yang terkenal dengan julukan 'parti tin Milo' kerana setiap kali mengadakan kempen pilihan raya akan memungut derma daripada orang ramai menggunakan bekas tin Milo kosong.



Bagaimanapun, sejak bersahabat baik dengan Bersatu, cerita 'tin Milo' jarang kedengaran kerana sudah mempunyai sumber dana yang baru.



Gabungan sumber kewangan dan kemantapan jentera pilihan raya menjadikan kededua parti tersebut saling memerlukan bagi berdepan dengan gabungan besar seperti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).



Oleh itu, pemimpin Bersatu semasa ini agak tertekan untuk melepaskan pembekuan tersebut yang akan menjejas persiapan gabungan tersebut bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum Julai ini.



Ini lebih-lebih lagi apabila pemimpin besar Bersatu dan PAS dengan rasa penuh yakin akan menang di semua enam negeri yang tiga daripadanya kini dikuasai PH tunggak kepada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.



Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lepas, PN berbelanja besar dengan memasang poster, papan iklan dan bendera di setiap pelusuk kawasan yang ditandingi selain bajet di media sosial seperti TikTok yang difahamkan menelan jutaan ringgit.



Banyak pihak mendakwa sumber kewangan tersebut melalui saluran Bersatu sehingga akaun parti tersebut dibekukan seperti yang disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini.



Ini difahamkan mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19.



Begitu juga dengan pembekuan akaun Bersatu itu akan memberi imej negatif ke atas PN yang menjaja ke pelusuk negara dengan slogan PN Best, Bersih dan Stabil pada PRU15 lepas.



Gabungan itu dengan bangganya berkempen mampu menubuhkan kerajaan yang bebas rasuah, dan menonjolkan fakta bahawa pemimpin seteru politiknya seperti Umno berdepan banyak tuduhan di mahkamah.



SUMBER YANG TERHAD



Sekiranya isu pembekuan akaun tersebut tidak dapat membersihkan parti itu sebelum PRN nanti, agak sukar untuk mereka menawarkan naratif yang sama kepada pengundi.



Meskipun, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menuduh kerajaan menggunakan agensi antirasuah itu sebagai alat politik, dakwaan itu tidak dapat dipertahankan kerana semasa menjadi kerajaan dulu ada juga anggota pembangkang ditahan SPRM.



Kini Bersatu dan PN agak tersepit kerana untuk menang PRN enam negeri memerlukan dana yang besar, gabungan tersebut sudah berbelanja besar pada PRU15 lepas, dan begitu juga untuk menyerang pihak lawan mengamalkan rasuah agak sukar diterima oleh pengundi selepas tindakan SPRM itu.



Oleh itu, Bersatu dan PN perlu mencari kaedah baru berkempen kerana slogan PN Best, Bersih dan Stabil sudah tercemar dengan siasatan SPRM itu, dan untuk menghala 'senjata' ke atas Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan tuduhan rasuah takut memakan diri sendiri.



Penyokongnya sentiasa menunggu 'habuan' untuk memulakan gerakan mereka seperti yang diakui Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, selepas PRU15 lalu.



Oleh itu, Bersatu perlu belajar daripada musuh ketatnya, Umno, bagaimana parti Melayu tersebut menangani masalah pembekuan akaun itu untuk terus relevan selepas kekalahan pada PRU14 dan PRU15, dengan menggunakan proses mahkamah untuk mendapatkan balik hak parti itu.



Bersatu perlu menyerahkan kepada pihak SPRM melaksanakan tugas mereka secara telus dan adil, seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin baru-baru:



"Saya percaya siasatan SPRM dijalankan secara profesional dan akan membersihkan nama Bersatu".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >