Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TRAGEDI REMPUHAN DI KOREA

Kesesakan pengunjung di lorong yang sempit antara punca: Pakar

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Sedang Korea Selatan menyiasat kejadan rempuhan maut, pakar berkata kepadatan orang yang sesak di lorong sempit dan terhad mungkin telah mencapai tahap yang menyebabkan bencana seperti itu hampir tidak dapat dielakkan.



Spekulasi bermula di media sosial mengenai siapa atau apa sebenarnya yang mencetuskan rempuhan yang mengorbankan 155 mangsa.



Tetapi penyebabnya mungkin adalah kedatangan orang yang semakin ramai untuk menyambut Halloween di daerah hiburan malam Itaewon dan mendapati diri mereka terperangkap dalam ruang di mana mereka dihimpit dengan kuat oleh orang di sekeliling sehingga menghadapi masalah mengawal pergerakan badan.



"Sebaik anda berfikir bahawa keadaan tidak lagi terkawal, biasanya sudah terlambat untuk keluar dari ruang itu kerana pada dasarnya ia tidak menawarkan anda sebarang laluan untuk melarikan diri," kata Dr Milad Haghani, pensyarah kanan di Sekolah Awam dan Kejuruteraan Alam Sekitar Universiti New South Wales di Australia.



Kepadatan kira-kira lima orang bagi setiap meter persegi mungkin terasa sempit tetapi boleh dikawal. Apabila bilangannya menjadi kira-kira lapan hingga sembilan orang setiap meter persegi dan seterusnya, keadaan boleh menjadi berbahaya.



Dr Haghani, pakar dalam tingkah laku orang ramai dan persediaan kecemasan, berkata apabila kepadatan itu dicapai, orang ramai menjadi tidak stabil dan boleh hilang kawalan.



Manusia pada dasarnya tidak berdaya. Bencana berlaku dengan sendirinya dan tidak memerlukan sebarang salah laku daripada orang ramai.



"Jika seseorang jatuh dalam keadaan kesesakan itu mungkin mewujudkan gelombang kejutan yang kemudian merebak dan mengakibatkan lebih ramai orang jatuh di atas satu sama lain secara tidak sengaja," katanya.



Tekanan yang dijana oleh lonjakan orang ramai cukup kuat untuk membengkokkan batang keluli, dan punca utama kematian selalunya adalah sesak nafas.



"Tekanan akibat kesesakan boleh mencapai tahap yang hampir mustahil untuk diadang atau dikawal," tulis Dr Keith Still, pakar keselamatan awam dan profesor pelawat di Universiti Suffolk di England.



Orang ramai tumbang antara satu sama lain seperti domino dan kuasa semakin kuat apabila lebih ramai orang jatuh, mewujudkan tekanan melampau, tambahnya.



Deretan bar dan kelab malam Itaewon popular di kalangan pelancong asing dan kakitangan tentera Amerika, dan kawasan itu mula menarik orang bersuka ria pada Halloween kira-kira sedekad lalu, walaupun perhimpunan seperti itu tidak diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan Covid-19.



Sekitar 140 pegawai telah dikerahkan ke Itaewon sempena perayaan besar-besaran pertamanya dalam tempoh tiga tahun. Kebanyakan pegawai berada di sana terutamanya untuk pencegahan jenayah di kalangan perhimpunan kira-kira 100,000 orang.



Saksi dan laporan media menunjukkan bahawa apabila orang ramai terhimpit di lorong selebar hanya 3.2 meter itu, ada yang mula terjatuh, menyebabkan yang lain terjatuh dan bertindih antara satu sama lain.



Lorong itu terletak berhampiran pintu keluar untuk stesen kereta api bawah tanah dan merupakan laluan yang kerap digunakan pejalan kaki yang bergerak di antara jalan utama di Itaewon.



"Adalah dijangkakan sebilangan besar orang akan berkumpul di sana. Tetapi kami tidak menjangkakan bahawa korban berskala besar ini akan berlaku disebabkan pengumpulan ramai orang," kata Encik Hong Ki-hyun, ketua Biro Pengurusan Ketenteraman Awam Agensi Polis Kebangsaan, dipetik pada Isnin oleh agensi berita, Yonhap. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >