Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketenteraman awam mula rekah di Gaza

Nov 06, 2023 | 05:30 AM



Bertindak gara-gara terdesak.

Pada 28 Oktober, ribuan penduduk Gaza menceroboh pusat pengedaran dan gudang Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Pelarian Palestin, “mengambil tepung gandum dan barangan asas lain seperti bekalan kebersihan diri”.

“Ini adalah petanda yang membimbangkan bahawa ketenteraman awam mula rosak selepas tiga minggu perang dan pengepungan ketat ke atas Gaza,” kata UNRWA dalam satu kenyataan.

“Orang ramai takut, kecewa dan terdesak,” katanya.

“Ketegangan dan ketakutan bertambah buruk dengan pemotongan telefon dan talian komunikasi Internet,” tambah kenyataan seperti yang dilaporkan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Setiausaha Agung PBB, Encik António Guterres, telah mengulangi gesaan supaya dikuatkuasakan segera gencatan senjata bagi memudahkan pengiriman bantuan.

“Saya digalakkan pada hari-hari terakhir oleh apa yang nampaknya menjadi konsensus yang semakin meningkat dalam masyarakat antarabangsa... untuk keperluan sekurang-kurangnya jeda kemanusiaan dalam pertempuran,” katanya pada 29 Oktober.

Namun Encik Guterres menambah, beliau terkejut dengan tindakan pengeboman Israel yang semakin hebat itu – satu langkah yang katanya “menggugat matlamat kemanusiaan yang ingin diutarakan”.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Hospital Gaza hampir tidak berfungsi ekoran kekurangan bekalan elektrik dan bekalan keperluan lainya. Ia diberi amaran supaya berpindah dan beberapa bahagian rumah sakit itu telah pun terkena bedilan serangan udara Israel.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, ia telah menerima amaran daripada pihak berkuasa Israel agar mengosongkan hospital al-Quds di utara Gaza.

Wartawan kanan BBC yang berasal dari Palestin, Encik Rushdi Abu Alouf, diberitahu Hospital Indonesia di Beit Lahia telah diserang.


Terdapat juga beberapa serangan di jalan raya berhampiran hospital Shifa di bandar Gaza, yang terbesar di wilayah itu.

Tentera Israel berkata pangkalan utama operasi Hamas adalah di bawah hospital, dakwaan yang ditolak kumpulan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >