Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketika kes Covid-19 di India menggila, 'jangkitan kulat hitam' muncul semula

Pesakit koronavirus dan mereka yang baru pulih jadi sasaran
May 29, 2021 | 05:30 AM



MUMBAI: Seorang pesakit Covid-19, Parvesh Dubey meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas dijangkiti penyakit kulat hitam semasa gelombang kedua Covid-19 yang melanda India baru-baru ini.



Encik Dubey, 33 tahun, pernah dirawat kerana dijangkiti Covid-19 di negeri Madhya Pradesh sebelum doktor-doktor memindahkannya ke sebuah hospital lain selepas kulat tersebut dikesan berada di dalam badannya.



Selepas itu Encik Dubey dari Thane, pinggir bandar Mumbai terpaksa pula bergelut dengan jangkitan kulat dikenali sebagai mucormycosis, yang sudah memakan sebahagian besar tisu mukanya termasuk mata kanan dan lelangit.



"Dia sudah menjalani tiga pembedahan, buta sebelah mata dan mungkin sukar bercakap dan makan selepas lelangit dibuang. Ia sangat memilukan," kata abangnya, Makarand kepada Al Jazeera.



Doktor di India mengesan peningkatan mendadak kes jangkitan kulat dan sukar dirawat, akhir-akhir ini.



Pakar bedah telinga, hidung, tekak (ENT) Global Hospital, Mumbai, Dr Milind Navalakhe, menyifatkan ia 'situasi membahayakan'.



Kes mucormycosis bukanlah asing di negara itu, namun ketika ini berlaku peningkatan jangkitan membabitkan pesakit Covid-19 dan mereka yang pulih daripada wabak terbabit.



Mucormycosis atau dipanggil "kulat hitam" oleh para doktor di India, lazimnya paling agresif dalam kalangan pesakit yang sistem imun mereka menjadi lemah akibat jangkitan lain.



Ini kerana Covid-19 telah merosakkan imuniti mereka dan meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit tersebut.



Persekitaran tempat tinggal menjadi punca kepada penyakit ini, termasuk sedikit kebarangkalian penularan antara manusia.



"Sekarang saya menerima 25 kes mucormycosis seminggu, semuanya pesakit Covid-19 yang masih dirawat atau sudah pulih," katanya yang melakukan pembedahan lelangit ke atas Encik Dubey.



Setakat ini, negeri selatan India, Maharashtra, merekodkan 2,000 kes dan lapan kematian akibat mucormycosis.



Susulan itu, Menteri Kesihatan negeri Rajesh Tope mengumumkan pembukaan wad khas bagi merawat jangkitan kulat.



Mucormycosis atau kulat hitam hidup dalam persekitaran terutama tanah dan bahan organik seperti daun kering, timbunan kompos atau kayu reput, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.



Seseorang yang tersedut spora kulat itu cenderung mengalami jangkitan di paru-paru dan sinus.



Ia merupakan satu jangkitan pada hidung, tetapi boleh juga merebak ke otak.



Semakin ramai pesakit Covid-19 dan juga mereka yang sudah sembuh daripada jangkitan virus itu di India kini dijangkiti pula kulat berbahaya dan jarang berlaku.



Negara kedua paling ramai penduduk di dunia itu melaporkan hampir 370,000 kes jangkitan Covid-19 sehari, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sana sekitar 22.7 juta, dengan lebih 3,700 kes baru kematian.



Para pakar memberi amaran jumlah sebenar kes dan kematian mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan.



Para pakar perubatan menyatakan mereka melihat jumlah kes meningkat di India sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sementara kementerian kesihatan mengeluarkan nasihat tentang cara merawat jangkitan tersebut.



"Kes-kes jangkitan mucormycosis dalam kalangan pesakit Covid-19 yang sudah sembuh hampir empat hingga lima kali lebih tinggi berbanding yang dilaporkan sebelum pandemik," menurut pakar penyakit berjangkit yang berpangkalan di Ahmedabad, Encik Atul Patel, yang merupakan anggota pasukan bertindak Covid-19 semasa memberitahu AFP.



Terbaru, lima wilayah - Tamil Nadu, Odisha, Gujarat, Rajasthan dan Telangana telah mengisytiharkan jangkitan tersebut sebagai epidemik.



Jangkitan yang mempunyai kadar kematian sebanyak 50 peratus itu boleh dirawat, dengan membuang bahagian yang dijangkiti, sama ada biji mata yang dijangkiti, atau bahagian tengkorak dan rahang, lapor The Guardian.



Setakat ini, sebanyak 8,800 kes telah dilaporkan di India, dengan 219 daripadanya telah kehilangan nyawa.



Menurut pakar tempatan, kenaikan kes dalam kalangan pesakit dikaitkan dengan penggunaan steroid dalam rawatan Covid-19, kerana penggunaan ubatan itu secara berterusan boleh melemahkan sistem imunisasi badan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >