Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEMELUT KEPIMPINAN DI SABAH

Ketua menteri dapat bertahan?

Jan 09, 2023 | 05:30 AM



KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akhirnya membuka mulut dan mengesahkan beliau mempunyai sokongan daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk terus menerajui kerajaan negeri itu.



Tegas Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu lagi, surat akuan bersumpah (SD) ADUN-ADUN tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Sabtu lalu.



Dengan pengesahan ini ia berkemungkinan menamatkan kemelut politik Sabah..



"Untuk makluman semua kita mempunyai sokongan majoriti drpd 44 ADUN Sabah. Ini bermakna kerajaan yang ada ini saya pimpin ini masih lagi utuh dan kuat dan akan terus mentadbir negeri Sabah," katanya ketika ditemui di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada semalam.



Selain itu Datuk seri Hajiji memaklumkan akan mengadakan rombakan kabinet negeri dalam waktu terdekat.



Kemelut politik di Sabah terus menjadi tumpuan semalam setelah tindakan Barisan Nasional (BN) Sabah menarik sokongan terhadap , Datuk Seri Hajiji Noor.



Tindakan BN itu bakal menyebabkan kerajaan Sabah yang dibentuk bersama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tumbang.



Keadaan ini disebabkan jumlah kerusi yang ada ketika ini menjadikan tidak ada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan melainkan menerusi gabungan antara parti yang memiliki jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang banyak.



Jika kemelut itu tidak ditangani segera, ia akan menyaksikan kedudukan DUN tergantung.



Keadaan mula goyah bermula pada Rabu lalu terdapat cubaan menjatuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Hajiji.



Ini diikuti dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin, juga Timbalan Ketua Menteri, mengumumkan keputusan menarik sokongan daripada kerajaan Sabah.



BN kini memiliki sebanyak 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memiliki 29 kerusi termasuk ADUN Dilantik.



Parti Warisan (Warisan) pula mempunyai 19 kerusi DUN dan Pakatan Harapan (PH) Sabah mempunyai tujuh kerusi DUN.



Parti lain seperti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memiliki tiga kerusi DUN manakala Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan Adun Bebas masing-masing mempunyai satu kerusi.



Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Warisan akan bersama BN Sabah dan dua parti itu memiliki 37 kerusi DUN.



Namun BN-Warisan masih perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi DUN bagi mendapatkan majoriti mudah membentuk kerajaan baru.



Dalam masa yang sama, lima Adun BN Sabah pula tampil mempertahankan kedudukan Datuk Hajiji sebagai ketua menteri, dengan menolak keputusan BN negeri menarik sokongan itu.



Mereka menegaskan bahawa ini bukan masa merebut kuasa politik, sebaliknya masa untuk bersatu supaya kerajaan negeri dapat memulih dan memajukan ekonomi, serta meningkatkan taraf hidup rakyat.



Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Sabah bagi membincangkan isu politik negeri itu sebaik sahaja pulang daripada lawatan rasmi ke Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >