Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua parti pro-Brexit, Nigel Farage, janji buat ‘kacau’ di Parlimen

Jul 5, 2024 | 4:04 PM
Nigel Farage
Pemimpin Parti Reform UK, Encik Nigel Farage, melambai kepada penyokongnya selepas pertama kali memenangi kerusi di Parlimen Britain. - Foto REUTERS

LONDON: Penyokong kuat Brexit, Encik Nigel Farage, akhirnya memenangi kerusi di Parlimen Britain dalam percubaan kelapan dan berikrar mahu menjadi “pengacau” seperti yang dilakukannya kepada pemimpin Kesatuan Eropah (EU) sebagai Anggota Parlimen Eropah.

Pemilihan bekas peniaga komoditi berusia 60 tahun itu oleh bandar Clacton-on-Sea adalah kemuncak kerjaya politik yang dibina daripada kebenciannya terhadap projek EU untuk kesatuan yang lebih erat dan kebencian terhadap Parti Konservatif.

“Rancangan saya adalah untuk membina gerakan nasional besar-besaran dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan diharapkan cukup besar untuk mencabar pilihan raya umum pada 2029,” kata Encik Farage.

Beliau meraikan kemenangannya dengan 46 peratus undi di Clacton, sebuah kawasan percutian popular yang mengundi partinya yang pro-Brexit, Parti UKIP, dalam 2015.

“Kerajaan Parti Buruh ini akan menghadapi masalah dengan sangat cepat dan kami kini akan menyasarkan pengundi parti itu, kami datang untuk Buruh... jangan ragu tentang itu,” katanya, selepas Parti Buruh meraih kemenangan besar dalam pilihan raya pada 4 Julai, menumpaskan Parti Konservatif.

Encik Farage menggunakan tempoh dua dekadnya di Parlimen Eropah untuk mengejek pegawai tertinggi Eropah dan mendorong Konservatif Britain untuk mengadakan referendum pada 2016 mengenai keanggotaan EU yang menyaksikan rakyat Britain mengundi tipis untuk keluar daripada blok itu.

Dengan partinya Reform UK bersedia untuk melakukan lebih baik daripada yang dijangkakan mengikut tinjauan, Encik Farage, kini mempunyai peluang untuk menggunakan Parlimen Britain sebagai platformnya dan bersedia menjadi parti pembangkang sebenar Britain.

Serangan utamanya ialah isu imigresen, dengan Reform UK berjanji mengehadkan kemasukan warga asing, meninggalkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia dan menolak pendatang yang tiba dengan bot kecil kembali ke Perancis sebelum mereka mendarat di pantai Britain.

Beliau juga akan mendesak cukai yang lebih rendah dan menyatakan bahawa melainkan jika pendatang baru ke Britain adalah pelarian tulen, mereka tidak sepatutnya mendapat sebarang faedah atau penjagaan kesihatan percuma selama lima tahun.

Bagaimanapun, beliau menafikan parti itu rasis dan kerana itu telah menendang keluar beberapa calon kerana dilaporkan berunsur perkauman, atau membuat komen yang menyinggung perasaan.

Begitulah skala kejatuhan undi terhadap Parti Konservatif sedang sesetengah penggubal undang-undang dan ahli parti menolak untuk bergabung dengan tokoh yang memecahbelahkan, yang lain mempersoalkan sama ada Encik Farage akhirnya akan bergabung dengan atau mengambil alih parti tersebut.

“Ia akan menjadi perlu untuk mencari jalan ke hadapan,” kata seorang mantan menteri Konservatif dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

“Dan sejujurnya, saya tidak dapat melihat jalan ke hadapan yang tidak melibatkan Encik Nigel Farage.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg