Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua polis Seoul didakwa cuai hingga berlaku tragedi Halloween 2022

Jan 20, 2024 | 09:58 PM



SEOUL: Ketua polis Seoul telah didakwa atas tuduhan kecuaian profesional berhubung kejadian semasa sambutan Halloween pada 2022, yang mengorbankan hampir 160 orang, menurut pendakwa raya di ibu negara Korea Selatan itu.


Pada 29 Oktober 2022, puluhan ribu orang yang kebanyakannya berumur antara 20 dengan 30-an tahun menyertai sambutan Halloween itu di daerah hiburan malam Itaewon di Seoul.

Namun, malam itu berubah menjadi tragedi apabila orang ramai membanjiri lorong sempit antara deretan kelab malam.

Dengan keadaan yang cukup sesak dan tiada kawalan yang baik, lebih 150 orang terkorban akibat terhimpit.

Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul (SMPA), Kim Kwang-ho, menghadapi tuduhan kecuaian profesional, yang mengakibatkan kecederaan atau kematian, menurut Pejabat Pendakwa Daerah Barat Seoul menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 19 Januari.

Menurut kenyataan itu, sebagai Ketua SMPA, beliau “tidak mengambil langkah yang perlu, seperti mengerahkan pasukan polis yang mencukupi serta memastikan perintah dan penyeliaan yang betul” pada hari kejadian itu.

Ini meskipun beliau dapat “meramalkan potensi bahaya yang timbul” daripada kesesakan di kawasan hiburan malam itu.

Kim, pegawai polis tertinggi yang menghadapi tuduhan berhubung tragedi itu, didakwa tanpa ditahan.

Pada Januari 2023, Kim dan 22 pegawai polis lain serta pegawai daripada pasukan penyelamat dan pejabat daerah, telah dirujuk kepada pihak pendakwaan oleh pasukan penyiasat polis khas, atas dakwaan penglibatan mereka dalam salah pengendalian pihak berkuasa terhadap kejadian itu.

Pendakwa raya kemudian mendakwa ketua balai polis di daerah Yongsan Seoul, termasuk Itaewon dan pejabat Yongsan Ward, tetapi tidak membuat keputusan untuk mendakwa Kim selama lebih setahun.

Kenyataan pada 19 Januari itu menyebut Kim, “bersama ketua Balai Polis Yongsan dan ketua pejabat Yongsan Ward yang kini sedang dibicarakan, secara kolektif menyebabkan kematian 158 individu dan kecederaan kepada 312 individu akibat kecuaian profesional ”.

Keluarga mangsa berkata mereka kesal dengan proses lama yang diambil pihak pendakwaan sebelum mendakwa Kim.

“Kim mesti segera melepaskan jawatannya dan menghadapi perbicaraan.

“Presiden Yoon Suk-yeol mesti memecat Kim dengan segera,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >