Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEPERANGAN RUSSIA-UKRAINE

Ketua risik Ukraine dakwa wujud rampasan kuasa untuk singkir Putin

Russia kemungkinan hilang satu pertiga jumlah tentera darat yang dikerahkan ke Ukraine, dakwa pula perisikan tentera British
May 17, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Ketua perisikan Ukraine mendakwa satu rancangan rampasan kuasa untuk menyingkirkan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, sedang giat dilaksanakan.



Malah, Mejar Jeneral Kyrylo Budanov turut mendakwa Russia akan kalah dalam peperangan di Ukraine menjelang akhir tahun ini.



Memetik laporan Daily Mail, Mejar Jeneral Budanov percaya titik perubahan konflik itu akan berlaku pada akhir musim panas ini yang akan menyaksikan Encik Putin digulingkan daripada jawatan tertinggi negara.



"Situasi dijangka menjadi kritikal pada tempoh kedua Ogos.



"Kebanyakan pertempuran akan tamat menjelang akhir tahun ini dan ia akan membawa perubahan dalam kepimpinan Persekutuan Russia. Proses ini sudah pun dilancarkan.



"Oleh itu, kami akan memperkukuhkan lagi kuasa tentera di semua wilayah," katanya kepada Sky News.



Dalam pada itu, seorang oligarki Russia yang enggan namanya disiarkan mendakwa Encik Putin menghidap kanser darah dan keadaan kesihatannya semakin merosot.



Difahamkan, oligarki itu mempunyai hubungan rapat dengan Kremlin dan hanya dikenali sebagai Yuri.



Dakwa Yuri, Encik Putin menghadapi beberapa masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit kanser darah.



Perkara ini turut disahkan oleh Mejar Jeneral Budanov.



Katanya, keadaan fizikal dan psikologi pemimpin Russia itu kini kian serius.



Terdapat laporan mendakwa Presiden Putin juga menghidap penyakit Parkinson.



Dalam pada itu, Russia berkemungkinan hilang satu pertiga jumlah tentera darat yang dikerahkan ke Ukraine, dakwa perisikan tentera British kelmarin.



Serangan Moscow di wilayah Donbas juga didakwa "hilang momentum dan jatuh ketara di belakang jadual".



"Sungguhpun mara awal dalam skala kecil, Russia gagal memperoleh kejayaan wilayah yang besar sepanjang bulan lalu sambil mengekalkan tahap pergeseran tinggi secara konsisten," kata Kementerian Pertahanan Britain melalui Twitter.



"Russia sekarang ini kemungkinan mengalami kehilangan satu pertiga tentera darat kombat yang dikerahkan pada Februari," dakwa kementerian itu.



Dakwanya lagi, Russia tidak mungkin mempercepatkan tahap kemaraannya secara mendadak dalam tempoh 30 hari akan datang.



Sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu, tentera Ukraine didakwa memaksa komandernya untuk menamatkan kemaraan ke atas Kyiv, sebelum pantas menguasai kawasan di timur laut dan bertindak menghalau tentera Russia dari bandar kedua terbesar, Kharkiv.



Serangan balas Ukraine sedang berjalan berhampiran bandar Izium yang dikuasai Russia, walaupun tentera Ukraine kelmarin melaporkan bahawa tentera Russia sedang mara ke tempat lain di wilayah Donbas.



Donbas digambarkan menjadi 'pentas teater utama' perang sejak sebulan lalu.



Tentera Russia menumpukan sebahagian besar kuasa senjata mereka ke atas Donbas dalam 'fasa kedua' pencerobohan, selepas gagal mara ke Kyiv dari utara sepanjang tempoh beberapa minggu awal peperangan.



Namun, Ukraine menguasai semula wilayah di timur laut, sekali gus memaksa tentera Russia undur dari bandar kedua terbesar, Kharkiv.



Kementerian Pertahanan Russia mendakwa, pasukannya membedil beberapa lapangan tentera termasuk di Donbas, yang mengorbankan sekurang-kurang 100 'nasionalis' Ukraine, namun agensi berita Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata situasi di Donbas kekal amat sukar, dengan tentera Russia masih berusaha mencapai kemenangan di sana. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >