Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua risikan AS, Israel bincang perjanjian baru bebaskan tebusan

Jan 26, 2024 | 02:11 PM



DOHA: Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Encik William Burns, dan rakan sejawatannya dari Israel akan bertemu pegawai Qatar dalam beberapa hari akan datang untuk membincangkan perjanjian kedua tebusan Gaza, kata tiga sumber pada 25 Januari.


Encik Burns dan ketua perkhidmatan perisikan Mossad Israel, Encik David Barnea, akan bertemu Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, di Eropah hujung minggu ini, kata pegawai yang memberi taklimat mengenai pertemuan itu kepada Reuters.


Ketua perisikan Mesir, Encik Abbas Kamel, juga akan mengambil bahagian, kata sumber kedua.

Pentadbiran Presiden Amerika, Encik Joe Biden, telah cuba memudahkan pembebasan baki lebih 100 tebusan yang ditawan ketika Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, meskipun terdapat jurang tuntutan antara kedua-dua pihak.

Ketua perisikan Amerika dan Israel sebelum ini telah bertemu pegawai Qatar dan Mesir, yang telah membantu menjadi perantara gencatan senjata jangka pendek pada November, yang menyaksikan lebih 100 daripada 240 tebusan dibebaskan.

CIA enggan mengulas mengenai pertemuan itu.

Menyusuli serangan Hamas, yang mentadbir Jaluran Gaza, Israel, yang telah berikrar akan menghapuskan kumpulan itu, melancarkan serangan udara dan darat hingga meratakan sebahagian besar Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 25,700 orang, kata pegawai kesihatan Palestin.


Sumber ketiga berkata Israel telah mencadangkan penangguhan 60 hari dalam pertempuran dan pembebasan lebih 100 tebusan secara berperingkat, bermula dengan wanita dan kanak-kanak. Ini diikuti dengan pembebasan lelaki awam, askar wanita dan mayat tebusan Israel.

Rancangan itu, bagaimanapun, bertentangan dengan cadangan terakhir Hamas yang mahu penamatan perang, jaminan antarabangsa bahawa ia tidak akan bermula semula dan pembebasan semua banduan yang ditahan oleh Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >