Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kevin McCarthy akhirnya dipilih Speaker Dewan Perwakilan AS

Jan 07, 2023 | 02:46 PM



Pemimpin tertinggi Republikan, Encik Kevin McCarthy akhirnya dipilih dan dinamakan sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS).

Pemilihan ini mengakhiri hari-hari perbalahan sengit Republikan yang menyebabkan urusan dewan rendah Kongres terhenti.

Encik McCarthy, 57 tahun, hanya memerlukan majoriti mudah untuk dipilih sebagai penggubal undang-undang tertinggi yang mengetuai urusan Dewan dan berada di barisan kedua selepas jawatan Presiden AS.

Pemilihan Speaker kali ini adalah paling lama dalam tempoh 160 tahun apabila Republikan didapati berpecah-belah dengan mengambil 15 pusingan pengundian selama empat hari untuk memadam api pemberontakan sayap kanan, anti-McCarthy.

Encik McCarthy memerlukan 218 undi di dewan rendah, yang bertukar kepada majoriti kecil Republikan 222-212 selepas pilihan raya pertengahan tahun lalu.

Namun Encik McCarthy gagal mendamaikan pemberontak parti, termasuk beberapa sekutu berprofil tinggi bekas presiden Donald Trump.

Prestasinya dilihat sangat lemah sehingga tewas kepada pemimpin minoriti Demokrat, Hakeem Jeffries dalam beberapa undian pembukaan.

McCarthy disifatkan sudah lama inginkan jawatan itu selepas menarik diri pada 2015, ketika skandal beberapa kesilapan dan pemberontakan sayap kanan.

Sebelum ini, kali terakhir undian melebihi satu pusingan ialah pada 1923.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >