Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Khairy di belakang pesaing di Sungai Buloh

Kejutan bagi beberapa calon utama? Sehingga 11 malam
Nov 20, 2022 | 05:30 AM



DARI KUALA LUMPUR: MASUK ke kandang naga dan nasib Encik Khairy Jamaluddin masih tidak menentu apabila beliau gagal mendahului di kawasan Parlimen Sungai Buloh di Selangor hingga akhbar ini dicetak malam tadi.



Menteri Kesihatan yang menerajui respons Malaysia terhadap Covid-19 dan program vaksinasi terbesar negara itu meraih sebanyak 11,977 undi, di belakang Datuk R Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 18,484 undi hingga 10.37 malam tadi, menurut keputusan tidak rasmi.



Ini diikuti Encik Mohd Ghazali Md Hamin daripada Perikatan Nasional (PN) yang meraih sebanyak 6,290 undi.



Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, kerusi Parlimen itu dimenangi calon PH, Encik R Sivarasa, dengan majoriti 26,634 undi.



Encik Khairy sebelum ini juga menyifatkan dirinya sebagai calon 'underdog' dan menganggap usaha menawan hati pengundi di Sungai Buloh sebagai satu tugas yang mencabar dan memerlukan usaha gigih.



Dengan menggunakan hashtag #KJ4SB semasa berkempen, Encik Khairy yang tampak popular dengan penduduk semasa berkempen di kawasan itu juga menyuarakan hasrat beliau untuk memimpin Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.



Beliau sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Rembau di Negeri Sembilan, sebuah kawasan kampung dan juga kawasan pinggiran bandar, selama tiga penggal sejak 2008 namun dipindahkan untuk bertanding di Sungai Buloh, sebuah kawasan bandar, kali ini.



Encik Khairy yang mengundi di Rembau pagi semalam sebelum kembali ke Sungai Buloh untuk menyantuni pengundi dan meninjau proses undi di Pusat Mengundi di kawasan Parlimen itu akui rindu dengan Rembau.



"Perasan rindu sedikit, tapi saya rasa gembira dapat balik untuk mengundi," ujar beliau kepada media sejurus selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Agama (SMA) Haji Mohd Yatim.



Ditanya kerusi Parlimen manakah yang disayanginya - Rembau atau Sungai Buloh - Encik Khairy berkata kedua-duanya beliau sayang.



Kegagalan Encik Khairy mendahului kerusi Parlimen Sungai Buloh itu merupakan antara keputusan mengejutkan yang muncul malam tadi.



Ini lebih-lebih lagi dengan populariti beliau di kawasan tersebut sepanjang tempoh berkempen.



Malah semasa ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara, beliau berkata pengundi di Sungai Buloh sangat ramah dan mesra menyambutnya di kawasan tersebut.



"Namun kita hanya dapat melihat hasilnya apabila melihat keputusan undi mereka," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >