Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy diminta lepaskan kerusi Rembau bagi timbalan presiden Umno

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Rembau, Encik Khairy Jamaluddin, mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.



Encik Khairy, yang juga Menteri Kesihatan, berkata beliau telah diminta memberi laluan kepada timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang berhasrat bertanding di kerusi tersebut.



"Oleh kerana beliau (Mohamad) adalah ketua Umno bahagian Rembau dan saya timbalan kepada beliau, jadi beliau telah minta saya cari tempat lain.



"la sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau. Saya tidak ada halangan," kata Encik Khairy dalam satu sidang media selepas merasmikan penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan, lapor Astro Awani.



Ditanya apakah beliau akan bertanding di kerusi Parlimen lain pada PRU15 nanti, penyandang kerusi Parlimen Rembau sejak 2008 itu berkata beliau tidak mempunyai persediaan atau idea untuk mencuba nasib di mana-mana kawasan Parlimen lain setakat ini.



"Saya tidak tahu kawasan lain. Saya berpolitik di Rembau lebih 20 tahun dan hampir 15 tahun saya jadi Ahli Parlimen Rembau.



"Sekarang saya kena berusaha sekiranya ada kawasan yang sanggup menerima saya. Atau senario terburuk, saya tidak bertanding tapi tiada masalah bagi saya," katanya.



Encik Khairy, yang juga bekas ketua Pemuda Umno, menambah bahawa sebagai "orang parti", beliau akan mengikut apa sahaja keputusan pucuk pimpinan parti dan gabungan Barisan Nasional (BN) berhubung calon PRU15 dan kerusi yang perlu ditandinginya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >