Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy: Umno kekal sokong kerajaan pimpinan Anwar jika presiden parti diganti

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



BEKAS Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, berkata beliau akan memastikan Umno tetap menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika beliau - atau sekutunya - dipilih menjadi presiden parti itu.



Encik Khairy menekankan beliau tidak menyokong "kaedah pintu belakang" untuk perubahan dalam pentadbiran, sambil menambah beliau bahkan mahu kerajaan Datuk Anwar kekal dan stabil.



"Terdapat kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan Umno, ia akan membawa ketidakstabilan politik yang akan membawa kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang perdana menteri baru mengangkat sumpah.



"Saya ingin menyatakan ini dengan jelas di hadapan semua orang di sini: jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan presiden, memenangi kepimpinan parti saya, kami akan memberi sokongan kami kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim," katanya semasa bercakap pada forum anjuran Institut Iseas-Yusof Ishak kelmarin.



Sementara itu, Encik Khairy menganggap pemilihan Umno akan datang adalah sangat penting dan mungkin boleh membawa kepada pembaharuan kepada parti terbabit.



Katanya, ia akan menentukan sama ada Umno akan kekal relevan atau "bersemadi".



Encik Khairy adalah antara nama yang disebut-sebut mungkin dicalonkan untuk pemilihan jawatan presiden Umno dan desas-desus itu semakin kuat bertiup apabila beliau dilihat tidak sependapat dengan pemimpin tertinggi parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Malah keputusan Umno memindahkan beliau dari kerusi Parlimen Rembau di Negeri Sembilan - yang dianggap selamat - ke Sungai Buloh dilihat seperti mahu mematikan kerjaya politiknya.



Berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-15 Malaysia yang lalu, Encik Khairy gagal dalam cubaannya di kawasan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) itu walaupun berjaya merapatkan jurang majoriti dengan ketara.



Beliau kalah kepada calon PH, Encik R Ramanan.



Dalam forum itu, Encik Khairy juga berkata ada khabar angin berkaitan akan ada langkah untuk memastikan dua jawatan teratas - presiden dan timbalan presiden Umno - tidak akan dipertandingkan.



"Kami harap ini tidak berlaku.



"Saya ingin memastikan bahawa pada perhimpunan (Umno) minggu ini, tidak ada usul yang akan menghalang dua jawatan teratas dalam parti saya daripada terbuka untuk bertanding," kata Encik Khairy, sambil menggelar langkah sedemikian "sangat tidak demokratik".



Perkara pemilihan dua jawatan teratas parti itu akan dibincangkan semasa perhimpunan agung Umno yang bermula semalam hingga Sabtu ini.



Pemilihan parti perlu diadakan pada Mei.



Encik Khairy menarik perhatian tentang bagaimana kerusi yang dimenangi gabungan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno telah jatuh daripada 198 pada pilihan raya 2004 kepada 30 pada pilihan raya nasional tahun lalu.



"Tiada parti yang bermaruah, melihat kemerosotan sokongan sedemikian, tidak akan bertanya soalan serius mengenai kepimpinan parti itu," katanya. - ST, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >