Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KJ belum putuskan, tapi cenderung sokong rakan berkempen dalam PRN

Jul 11, 2023 | 4:26 PM
BELUM BUAT KEPUTUSAN: Bekas ketua Pemuda Umno yang kini selaku DJ Radio,   Encik Khairy Jamaluddin, belum memutuskan sokongannya menjelang Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos.
BELUM BUAT KEPUTUSAN: Bekas ketua Pemuda Umno yang kini selaku DJ Radio,  Encik Khairy Jamaluddin, belum memutuskan sokongannya menjelang Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli politik yang kini selaku pengacara radio (DJ), Encik Khairy Jamaluddin, ingin melihat dulu apakah yang ditawarkan oleh parti-parti politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), sebelum memberi sokongannya.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata beliau akan mengkaji manifesto kesemua perikatan politik sebelum membuat sebarang keputusan.

“Keputusan saya akan ditentukan nanti, kerana kita belum lagi mendapat tahu sepenuhnya manifesto mana-mana pihak,” katanya selepas satu sesi dialog dengan para pelajar di Universiti UCSI pada Isnin.

Bagaimanapun, Encik Khairy berkata beliau akan menyokong beberapa orang rakannya yang akan berkempen dengan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak pasti sama ada diberi peluang untuk berucap di rapat-rapat umum pilihan raya, tetapi jika ada rakan-rakan saya yang turut bertanding, sudah tentu saya akan mengunjungi mereka.

“Kebetulan kebanyakan mereka kini dalam Perikatan Nasional,” katanya, dipetik oleh akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star.

Pada 19 Jun, Encik Khairy dilaporkan menyuarakan sokongan terhadap Perikatan Nasional menjelang pilihan raya negeri, selepas satu pertemuan dengan pengerusi perikatan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg