Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin pelapis parti politik mungkin cuba nasib dalam pilihan raya negeri

Jun 22, 2023 | 02:05 PM



KUALA LUMPUR: Sebilangan pemimpin yang kecundang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia November lalu, kini sedang membuat keputusan penting sama ada untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam daripada 13 negeri.


Para calon hanya diumumkan secara rasmi selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam beberapa hari akan datang, bermula dengan Kelantan pada Khamis, sebelum Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu.

PRN dijangka akan diadakan serentak menjelang Ogos.

Menurut laporan The Straits Times (ST), antara nama berprofil tinggi yang dijangka mencari peluang kedua ialah anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar, dan orang kanannya yang bertukar saingan, Datuk Seri Azmin Ali, kini ketua perikatan pembangkang Selangor, Perikatan Nasional (PN).


Nama-nama lain yang muncul ialah mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, yang berada dalam Kabinet kerana dilantik sebagai senator. Keempat-empat mereka sebelum ini diuar-uarkan sebagai potensi perdana menteri Malaysia masa depan.

Mereka juga disebut-sebut sebagai calon berpotensi untuk jawatan Menteri Besar Selangor, negeri terkaya di Malaysia. Tetapi di mana, dan jika mereka memilih untuk bertanding, akan bergantung kepada beberapa faktor.

Cik Nurul dijangka tidak bertanding di Selangor dan sebaliknya menaruh harapan bagi merebut jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, kata sumber daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Anwar.

Pulau Pinang dianggap sebagai taruhan paling selamat PH di antara enam negeri dan menawarkan lonjakan pantas untuk Cik Nurul, yang kehilangan Permatang Pauh pada November, selepas empat dekad keluarga Anwar menguasai kawasan parlimen di Pulau Pinang itu.

Sementara itu, Selangor yang telah menjadi kubu kuat PKR sejak 15 tahun lalu, boleh sedikit berterima kasih kepada Datuk Seri Azmin, yang merupakan timbalan presiden parti itu dari 2010 hingga 2020, sebelum beliau meninggalkan PKR untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau juga merupakan Menteri Besar Selangor dari 2014 hingga 2018. Pada November, Encik Azmin kehilangan kerusi parlimen Gombak kepada mantan anak didik dan penggantinya sebagai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Walaupun telah berulang kali menyatakan hasrat untuk bersara, beliau telah dipilih untuk mengepalai gabungan PN yang diketuai presiden Bersatu dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Adalah menjadi kewajipan Azmin untuk menawan Selangor untuk kita,” kata Muhyiddin semasa pelancaran jentera pemuda PN di Selangor pada Sabtu.

Pada Isnin, ketua PN itu juga bertemu Encik Khairy, mantan ketua pemuda Umno yang dipecat daripada Umno pada Januari, dikatakan kerana kritikan terhadap kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Meskipun ditawarkan kerusi dalam Majlis Tertinggi Bersatu, sumber yang mengetahui tentang rundingan itu memberitahu ST, bahawa Encik Khairy dijangka tidak menyertai parti pembangkang setakat ini, memandangkan harapan tipis untuk PN merampas mana-mana tiga negeri PH – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Tiga negeri PN di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Parti Islam SeMalaysia (PAS) bertegas mengekalkan jawatan menteri besar di negeri-negeri itu sekiranya PN menang.

Encik Khairy dan Datuk Tengku Zafrul mungkin tidak akan bertanding dalam pilihan raya negeri dan menunggu masa sehingga mereka mendapat peluang yang lebih baik, kata sumber yang rapat dengan mereka.

Sumber rasmi berkata bahawa Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno, hanya akan mempunyai kira-kira sedozen kerusi untuk bertanding dalam 56 DUN Selangor, lantas tidak mungkin bagi Encik Tengku Zafrul dilantik Sultan Selangor untuk memegang jawatan menteri besar.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mesti secara perlembagaan memutuskan seorang menteri besar yang boleh mendapat kepercayaan badan perundangan.

“Petunjuk dari istana ialah penyandang, Datuk Amirudin Shari akan dikekalkan melainkan ada keputusan mengejut,” kata seorang pegawai tertinggi negeri, merujuk kepada menteri besar dari PH itu.

Rakan-rakan Umno percaya Datuk Tengku Zafrul, dengan hubungan mendalamnya dalam kalangan elit perniagaan dan bangsawan Melayu, “harus menumpukan pada ekonomi dan perdagangan”, untuk meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik apabila presiden parti Datuk Zahid, 70 tahun, dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, 67 tahun, bersara.

“Beliau berada dalam barisan empat anggota tertinggi majlis tertinggi Umno, dan prestasi yang baik sebagai menteri akan meletakkannya di kedudukan teratas menjelang pilihan raya umum akan datang, walaupun beliau tidak mempunyai peranan pentadbiran selama beberapa tahun,” menurut sumber, sambil menyatakan bahawa mantan ketua eksekutif CIMB itu bakal berusia 50 tahun pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >