Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Komander tertinggi Hamas mungkin dibunuh Israel

Mar 12, 2024 | 01:51 PM



BAITULMAKDIS: Israel mendakwa serangan udara di Gaza pada hujung minggu menyasarkan seorang militan kanan Hamas, tetapi tidak jelas sama ada beliau terbunuh.


Serangan itu berlaku “antara Sabtu dengan Ahad” (9 dan 10 Mac) di kawasan bawah tanah di tengah Gaza, berhampiran kem pelarian Nuseirat, ujar jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari dalam taklimat akhbar pada 11 Mac.

“Kawasan itu digunakan oleh dua anggota kanan pertubuhan itu termasuk Encik Marwan Issa, yang merupakan timbalan kepada Encik Mohammed Deif dan salah seorang perancang pembunuhan beramai-ramai pada 7 Oktober,” kata beliau.

Encik Deif mengetuai sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam, dan dituduh oleh Israel sebagai salah seorang dalang serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.

“Kami masih meneliti hasil serangan dan pengesahan muktamad masih belum diterima,” kata Laksamana Hagari.

Pada awal Januari, satu serangan di pinggir selatan Beirut membunuh Encik Saleh Al-Aruri, pengasas Briged Ezzedine Al-Qassam, yang juga timbalan ketua politik Hamas.

Seorang pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berkata pada masa itu bahawa Israel melakukan serangan tersebut.


Terdahulu pada 11 Mac, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata Israel sedang menuju “kemenangan sepenuhnya” dalam perang yang dicetuskan oleh serangan 7 Oktober oleh Hamas di selatan Israel, membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.


Selain berpuluh-puluh tebusan telah dibebaskan dalam gencatan senjata seminggu pada November, Israel percaya baki 99 tebusannya masih hidup dan 31 telah meninggal dunia.

Pada Disember, Kesatuan Eropah mengenakan sekatan ke atas Encik Issa dan Encik Deif.

Pada Januari, ia menyertakan ketua politik pergerakan Hamas di Gaza, Encik Yahya Sinwar, ke dalam senarai sekatan “pengganas” yang sama.

Pegawai Israel menuduh Encik Sinwar sebagai dalang utama serangan 7 Oktober.

Sekiranya kematian itu disahkan, ia boleh merumitkan usaha mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan, walaupun Israel berkata rundingan sedang berjalan melalui pengantara Mesir dan Qatar. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >