Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

World Central Kitchen sediakan 350,000 pek makanan sehari untuk Gaza

Egyptian Food Bank turut sediakan kotak makanan percuma di Gaza sempena Ramadan
Mar 18, 2024 | 05:30 AM



KAHIRAH: Sejak Oktober, penganjur dan tukang masak Palestin, bekerja dengan World Central Kitchen – pertubuhan bantuan yang diasaskan oleh cef Sepanyol terkenal, José Andrés – telah menghidangkan lebih 32 juta hidangan di Gaza, kata kumpulan itu.


Rancangan untuk tentera Amerika Syarikat membina jeti terapung untuk membawa bantuan ke dalam wilayah itu akan membolehkan kumpulan itu membawa bekalan makanan secara teratur.

Bekalan makanan itu amat diperlukan lebih daripada setakat menggandakan jumlahnya setiap hari, tetapi untuk terus membantu orang awam di bahagian utara Gaza, kata Encik Andrés dalam satu wawancara pada 7 Mac.

“Kami cuba melakukan perkara yang mustahil,” katanya.

“Adalah berbaloi untuk mencuba sesuatu yang mustahil, untuk memberi makan kepada penduduk Gaza.”

Organisasi itu telah menubuhkan 65 dapur masyarakat di Gaza, yang diuruskan oleh penduduk tempatan Palestin, dengan rancangan untuk menambah sekurang-kurangnya 35 lagi, kata Encik Andrés .

Kira-kira 350,000 hidangan disediakan setiap hari, tetapi Encik Andrés berkata beliau ingin mengagihkan lebih daripada sejuta makanan.

Mendapatkan makanan dan bantuan ke Gaza, adalah sesuatu yang menakutkan, katanya.

World Central Kitchen telah mengambil jalan keluar untuk memberikan sedikit bantuan melalui ‘airdrop’ (menggugurkan paket bekalan makanan dari udara) oleh Tentera Udara Diraja Jordan.

Encik Andrés mengasaskan organisasi itu selepas gempa bumi 2010 di Haiti, yang membunuh kira-kira 300,000 orang.

Sejak itu, beliau mengorak langkah menghulurkan bantuan terhadap pelbagai bencana alam dan peperangan di Amerika Syarikat dan di luar negara.

Persatuan itu menghidangkan berjuta-juta hidangan pada 2017 kepada warga Puerto Rico yang terjejas akibat Taufan Maria.

Antara lain, ia juga melibatkan bantuan kepada warga Ukraine yang terjejas akibat perang menentang Russia, dan yang terkini adalah kepada mereka yang berhadapan dengan kebakaran di Chile dan Texas.

“Kami perlu melakukan sesuatu yang mustahil, kerana di mana kita berjaya melaksanakannya, ia adalah suatu usaha yang berbaloi,” katanya.

Persatuan itu adalah program pemakanan kecemasan terbesar yang pernah ditubuhkan oleh sekumpulan cef, menyajikan lebih 350 juta hidangan sejak ia ditubuhkan.

Kesannya adalah amat ketara kerana ia dan kakitangannya boleh menjalin rangkaian dengan cepat, mengatur dapur dalam keadaan yang sulit dan sumber bahan dan peralatan yang terhad.

Dapur seperti di Gaza selalunya diuruskan oleh penduduk tempatan yang memasak masakan mereka.

Banyak daripada resipi tersebut telah disusun menjadi buku masakan, World Central Kitchen, yang diterbitkan pada September.

Buku masakan pertama, World Central Kitchen, itu merupakan buku terlaris The New York Times. Ia mengandungi kumpulan resipi yang diilhamkan dari banyak tempat yang telah dimasak oleh pasukan bantuan kami, berikutan bencana dan krisis lain di seluruh dunia.


Pertubuhan itu juga turut berkongsi naratif inspirasi daripada cef, sukarelawan dan masyarakat yang ditemui sepanjang perjalanan.

Dalam masa yang sama, pekerja dan sukarelawan dengan pertubuhan bukan mencari untung, Bank Makanan Mesir, atau Egyptian Food Bank (EFB) bertungkus-lumus untuk menyediakan kotak makanan percuma bagi golongan yang kurang bernasib baik di Mesir dan Jaluran Gaza, dengan umat Islam mula berpuasa.

Dengan slogan, ‘Makanan: Asas Kehidupan’, dikelilingi trak dan foklif untuk memuatkan dan menghantar kotak-kotak makanan, ibu pejabat EFB setinggi lima tingkat itu menerima sumbangan tertinggi sejak 20 tahun lepas.

“Kami menyediakan bekalan kepada kira-kira 3,700 organisasi berasaskan masyarakat di seluruh dunia, dengan hampir lima juta golongan miskin berdaftar,” kata Pengarah Sektor Rangkaian Bekalan EFB, Encik Ibrahim Shaheen.

Menurutnya, organisasi itu mempunyai 120 pekerja khusus di dalam pembungkusan dan gudang, sementara jumlah keseluruhan pekerja adalah kira-kira 1,000 orang.

Kami menyediakan kotak yang dinamakan, ‘Kegembiraan Ramadan’, yang mengandungi pelbagai produk makanan termasuk kekacang, beras, gula dan makaroni sementara item lain adalah seperti kurma kering, keju, susu, minyak masak dan lain-lain,” kata Encik Ibrahim.

Pengurus gudang, Encik Mohamed Gamal Taha, 25 tahun, di sebuah syarikat tenaga dan menjadi sukarelawan dengan EFB sejak 2019 telah menubuhkan pasukannya yang dianggotai kira-kira 150 sukarelawan.

“Pernah sekali saya melihat kotak EFB diedarkan di kawasan kejiranan saya. Ia membuatkan saya gembira untuk melihat kotak-kotak saya sediakan untuk sampai kepada mereka yang memerlukan dan ini menggalakkan saya untuk menambah pasukan sukarelawan saya,” ujar Encik Mohamed Gamal memberitahu agensi berita, Xinhua.


“Kami berusaha bersungguh-sungguh sehingga kotak-kotak berkenaan sampai di Gaza,” katanya.

EFB ialah anggota Perikatan Kebangsaan untuk Kerja Pembangunan Awam (NACDW), penyedia utama bantuan kemanusian ke Gaza dengan menyeberang sempadan Rafah.

Beberapa trak di luar bangunan EFB diselubungi sepanduk hijau dengan slogan, ‘Untuk Saudara Kami di Palestin’.

“Sehingga sekarang, EFB telah menghantar lebih daripada 7,000 tan bekalan makanan ke Gaza,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif EFB, Encik Mohsen Sarhan.

Encik Mohsen berkata derma merupakan sumber pembiayaan utama EFB.

“Lebih daripada 95 peratus derma yang kami terima datang daripada rakyat Mesir.

“Kami mengeluarkan 50,000 ke 60,000 kotak makanan setiap hari,” Ketua Pegawai Bank Makanan itu memberitahu Xinhua, sambil menambah bank makanan itu sedang mencari “keseimbangan antara tugas asas kami membantu rakyat Mesir, yang merupakan misi utama kami dengan tugas kami membantu jiran kami (di Gaza) yang menderita daripada serangan dan kesakitan yang dahsyat,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >