Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Konflik beri kesan global, tunjuk perasaan sokong Israel, Palestin di bandar utama dunia

Oct 10, 2023 | 03:00 PM



NEW YORK: Para penyokong Israel dan penyokong perjuangan Palestin mengadakan perhimpunan di beberapa bandar raya utama dunia di Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Canada, Jerman dan Afrika Selatan berhubung konflik yang telah membunuh ratusan dan mencederakan ribuan orang.


Di bandar New York, pergaduhan tercetus antara penunjuk perasaan yang bertentangan berhampiran perkarangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas sekumpulan besar penyokong Palestin berhimpun di Times Square.

Rakyat Amerika Palestin pula membantah di luar konsulat Israel di Atlanta dan Chicago. Mantan Speaker Dewan Rakyat, Cik Nancy Pelosi, mengetuai perhimpunan komuniti Yahudi untuk menyokong Israel di sebuah rumah ibadat di San Francisco.

Demonstrasi dan penglibatan pemimpin politik Amerika menunjukkan kesan yang meluas daripada konflik yang telah mendorong Amerika mengarahkan tentera lautnya untuk membantu Israel.

Di Times Square, media sosial menunjukkan penyokong Palestin berhimpun, dengan penghalang polis memisahkan mereka daripada kumpulan pro-Israel.

Di United Kingdom (UK), polis di London pada Ahad berkata, mereka sudah meningkatkan rondaan berikutan serangan Hamas.

“Kami menyedari beberapa insiden... ia berhubung konflik berterusan di Israel dan Gaza,” kata Polis Metropolitan di media sosial.

Polis di ibu negara Ottawa, Canada pula mengumumkan pemantauan di kawasan keagamaan yang sensitif, termasuk rumah ibadat dan masjid. Siaran televisyen menunjukkan perhimpunan menyokong rakyat Palestin turut diadakan di Montreal, di mana penunjuk perasaan memegang poster ‘Bebas Palestin’, mengibarkan bendera Palestin dan menyeru memboikot Israel.

Pemerintah Perancis turut memberi tumpuan kawalan kepada rumah ibadat dan sekolah Yahudi di bandar-bandar di seluruh negara itu. Penduduk Yahudi Perancis, dianggarkan lebih 500,000, adalah yang terbesar di Eropah dan ketiga terbesar di dunia, selepas Israel dan Amerika Syarikat.

Manakala di Jerman, Berlin meningkatkan perlindungan polis terhadap institusi Yahudi dan Israel, manakala penyokong Palestin turun ke jalanan ibu kota untuk meraikan serangan Hamas.

Di Afrika Selatan, ratusan masyarakat Islam di Cape Town berkumpul di Masjid Al Quds sebagai solidariti dengan rakyat Palestin.

Encik Munir Atalla dari Pergerakan Belia Palestin di New York, berkata: “Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa apabila Palestin bangkit bersuara, diaspora turut bangkit bersamanya.”

Rakyat pro-Palestin akhirnya berarak sambil melaungkan “Palestin bebas, bebaskan, hidup Palestin”.

Gabenor New York, Cik Kathy Hochul, seorang Demokrat, mengutuk perhimpunan pro-Palestin dalam satu kenyataan pada malam Sabtu, dengan berkata: “Menjijikkan dari segi moral.”

Di Atlanta, lebih 75 orang berdemonstrasi di konsulat Israel petang Ahad, melaungkan slogan menyokong Hamas dan menyeru agar bantuan Amerika dihentikan kepada Israel.

“Kami berada di sini kerana kami fikir semua orang di Amerika membiayai aparteid Israel,” kata Cik Natalie Villasana, ahli Parti Sosialisme dan Pembebasan.

Beliau berkata, bantuan ketenteraan Amerika lebih baik dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah di Amerika.

“Keganasan tidak pernah dibenarkan. Sasaran mereka adalah orang awam Israel,” kata seorang pelajar, Cik Talia Segal, yang turut melahirkan kebimbangan terhadap keluarganya di Israel.

Di Chicago, Cik Priscilla Reed adalah antara ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin yang berhimpun di luar konsulat Israel. Mereka mengibarkan bendera Palestin. Laungan mereka, dalam bahasa Inggeris dan Arab, termasuk, “Netanyahu anda akan lihat, Palestin akan bebas!” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >