Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel arah ‘kepungan sepenuhnya’ ke atas Gaza

Angka korban lepasi 1,100 apabila Israel lancar serangan balas terhadap Gaza, militan Hamas
Oct 09, 2023 | 07:16 PM



BAITULMAKDIS: Israel telah menghantar tentera ke wilayah selatan untuk menakluk dan melancarkan serangan balas ke atas kumpulan militan Hamas sedang Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, mengarahkan ‘pengepungan sepenuhnya’ ke atas Gaza.


“Gaza akan menjadi ‘bandar mati’, tiada bekalan elektrik, tiada bekalan makanan, minuman atau gas. Segala-galanya kini disekat dan kepungan ke atas wilayah tersebut semakin diperketatkan. Kita perlu bertindak sewajarnya,” ujar Encik Gallant menerusi satu kenyataan video.

Pertempuran sengit antara tentera Israel dan militan Hamas dilaporkan berlaku pada Isnin di tujuh hingga lapan lokasi di sekitar Gaza yang berada dalam wilayah Israel, kata tentera Israel.

Ini sedang unit kereta kebal Israel mula dilihat mengambil kedudukan di sempadan Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari udara ke Israel.

Terdahulu Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengerahkan kira-kira 100,000 anggota tentera simpanan berhampiran Gaza.

“Tugas kami adalah untuk menamatkan perang ini. Hamas tidak akan mempunyai sebarang keupayaan untuk mengancam Israel. Selain itu, kami juga akan memastikan ia tiada lagi kuasa mentadbir Gaza,” kata jurucakap IDF, Encik Jonathan Conricus.

“Kami masih terlibat dalam pertempuran. Terdapat antara tujuh hingga lapan tempat terbuka di sekitar Gaza di mana kita masih mempunyai pahlawan yang memerangi pengganas,” kata jurucakap tentera Encik Richard Hecht kepada pemberita, dua hari selepas kumpulan militan Palestin melancarkan serangan mengejut ke atas Israel.

“Kami fikir semalam kami mempunyai kawalan penuh. Saya harap kita akan melakukannya pada hujung hari,” tambahnya.

Pada waktu malam, Israel melancarkan lebih daripada 500 serangan udara dan artileri yang menyasarkan Hamas dan satu lagi puak militan, Jihad Islam, di kawasan pinggir pantai.

Ini menyaksikan lebih 123,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Gaza sedang konflik semakin memuncak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Ahad, lapor Sputnik.


Jumlah kematian akibat pertempuran telah melonjak melebihi 1,100. Hamas mengorbankan 700 warga Israel dan menculik berpuluh-puluh lagi ketika mereka menyerang bandar-bandar Israel pada Sabtu.

Bagi Israel, serangan Hamas itu merupakan pencerobohan paling berdarah di dalam wilayah Israel sejak serangan Mesir dan Syria dalam perang Yom Kippur 50 tahun lalu.

Sebagai tindak balas, serangan udara Israel menghancurkan bangunan-bangunan perumahan, terowong, masjid dan rumah pegawai Hamas di Gaza pada Ahad selaras dengan ikrar Perdana Menteri Encik Benjamin Netanyahu untuk “balas dendam dengan hebat”.

Ketua Jihad Islam, Encik Ziad al-Nakhala, berkata pada Ahad bahawa kumpulannya telah menahan lebih daripada 30 warga Israel yang diculik di Semenanjung Gaza sejak serangan Hamas.

“Harga yang perlu dibayar Gaza adalah sangat berat dan akan mengubah realiti untuk beberapa generasi,” kata Menteri Pertahanan Israel, Encikl Yoav Gallant, di bandar Ofakim, yang mengalami serangan dan menyebabkan ramai penduduk terkorban dan dijadikan tebusan.

Keganasan yang memuncak menyebabkan harga minyak melonjak pada Isnin ekoran timbul kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya gangguan bekalan dari Iran.

Israel terkejut apabila Hamas melancarkan serangan pelbagai serampangnya pada Sabtu dengan sekurang-kurangnya 3,000 roket dan para anggotanya menyusup ke bandar-bandar selatan dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri satu majlis sambutan. Ramai yang terbunuh di situ.


Sekurang-kurangnya 100 orang ditangkap oleh Hamas dan diculik ke Gaza. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >