Konflik Timur Tengah ancam industri umrah Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konflik Timur Tengah ancam industri umrah Indonesia

Mar 5, 2026 | 1:54 PM

Konflik Timur Tengah ancam industri umrah Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketegangan di Timur Tengah susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, dikhuatiri boleh menggugat industri umrah Indonesia
Ketegangan di Timur Tengah susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, dikhuatiri boleh menggugat industri umrah Indonesia - Foto: BH

TANGERANG: Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran menggugat industri umrah Indonesia.

Ia dibimbangi boleh menyebabkan pengusaha perkhidmatan umrah rugi besar dan menjejas puluhan ribu jemaah, kata seorang pegawai kanan.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Encik Dahnil Anzar Simanjuntak, berkata situasi keselamatan yang tidak menentu memberi kesan langsung kepada agensi pelancongan yang telah pun mendapatkan tempahan hotel dan tiket penerbangan untuk jemaah.

“Ketegangan meningkat dan masih berterusan. Agensi pelancongan pasti akan mengalami kerugian kerana mereka telah pun menempah hotel dan tiket penerbangan.

“Keadaan perang tidak dapat diramalkan,” kata Encik Dahnil di Asrama Haji Cipondoh di Tangerang, Banten pada 3 Mac.

Indonesia menghantar sekitar dua juta jemaah umrah ke Arab Saudi setiap tahun, menjana pendapatan ratusan bilion rupiah untuk agensi pelancongan domestik.

Pemerintah merancang untuk berkoordinasi dengan pihak berkuasa Saudi mengenai langkah membantu pengusaha pelancongan Indonesia, terutamanya melibatkan tempahan hotel yang diselia oleh pihak berkuasa pelancongan Arab Saudi.

“Pengurusan hotel berada di bawah pengawasan Kementerian Arab Saudi, terutamanya Kementerian Pelancongan. Kami akan membincangkan kemungkinan pilihan bantuan untuk penganjur umrah,” tambah Encik Dahnil.

Pada masa ini, 58,867 jemaah umrah Indonesia masih terkandas di Arab Saudi. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kira-kira 7,500 jemaah telah pulang ke tanah air.

Lebih 48,000 jemaah umrah dijadualkan berlepas melalui agensi pelancongan antara sekarang dengan April, tidak termasuk antara 50,000 dengan 60,000 yang pergi ke Saudi secara sendirian.

Namun, Kementerian Haji dan Umrah, dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, telah menasihatkan mereka supaya menangguhkan perjalanan buat sementara waktu.

Beliau menambah bahawa pihak berkuasa Saudi tidak menutup akses atau mengeluarkan sebarang larangan perjalanan rasmi, dan penerbangan terus yang tidak transit melalui ruang udara Iran atau Iraq terus beroperasi seperti biasa.

Mengenai penerbangan, Encik Dahnil menyatakan bahawa kebanyakan syarikat penerbangan menawarkan pilihan bayaran balik untuk jemaah yang belum berlepas, serta mereka yang kini berada di Arab Saudi tetapi tidak dapat kembali kerana ruang udara yang terjejas oleh konflik.

Encik Dahnil berkata beliau telah meminta ketua eksekutif Garuda Indonesia supaya menyediakan langkah-langkah kontingensi, termasuk menawarkan penerbangan alternatif pada tambang yang lebih berpatutan untuk jemaah yang pada asalnya menempah syarikat penerbangan asing yang lebih murah tetapi kini perlu bertukar. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg