Konsulat AS di Dubai dijilat api selepas serangan dron Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konsulat AS di Dubai dijilat api selepas serangan dron Iran

Mar 4, 2026 | 1:05 PM

Konsulat AS di Dubai dijilat api selepas serangan dron Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
serangan dron iran, dubai
Polis Amiriah Arab Bersatu dilihat menjalankan rondaan di sekitar Konsulat Amerika Syarikat selepas ia terkena serangan dron Iran pada 3 Mac. - Foto AFP

DUBAI: Serangan dron Iran menyebabkan sebahagian kawasan sekitar Konsulat Amerika Syarikat di Dubai dijilat api pada malam 3 Mac.

Namun, Pejabat Media Dubai berkata pihak berkuasa telah dapat memadamkan kebakaran terhad di sekitar konsulat, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Ekoran kejadian serangan dron itu, Jabatan Negara Amerika telah mengarahkan kakitangan diplomatik bukan kecemasannya supaya meninggalkan negara itu.

Setiausaha Negara Marco Rubio berkata sejurus selepas itu bahawa semua kakitangan telah diambil kira selepas dron itu mengenai tempat letak kereta bersebelahan dengan konsulat.

Kejadian terbaru di Dubai itu berlaku selepas serangan dron menyasarkan dan mengenai Kedutaan Amerika di Riyadh, Arab Saudi, pada awal 3 Mac.

Serangan dron itu telah mencetuskan kebakaran dan menyebabkan kerosakan kecil, menurut Kementerian Pertahanan Arab Saudi.

Imej dari tempat kejadian menunjukkan impak terhad di kompleks di ibu negara Arab Saudi.

Kedutaan itu mengumumkan bahawa ia akan kekal ditutup pada 3 Mac dan menggesa rakyat Amerika agar mengelakkan kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Insiden itu berlaku susulan amaran keselamatan berasingan di Kedutaan Amerika di Kuwait, yang juga telah ditutup sehingga diberitahu kelak.

Kemudahan diplomatik Amerika, termasuk konsulat dan kedutaan, telah disasarkan oleh Iran dan militia yang disokong Iran sejak tercetusnya perang antara Amerika dan Israel dengan Iran pada 28 Februari.

Tidak lama selepas kejadian di Dubai itu, Amerika segera meningkatkan nasihat perjalanannya untuk Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Tahap Tiga.

Pengumuman itu menyaksikan semua kakitangan pemerintah bukan kecemasan dan keluarga mereka digesa supaya segera meninggalkan negara itu.

Veteran Tentera Darat Amerika, Mejar Jeneral bersara Randy Manner yang bercakap dengan CNN pada 2 Mac selepas terkandas di Dubai, berkata: “Agak menyedihkan apabila mendengar bahawa kerajaan United Kingdom sedang mengatur pengangkutan untuk rakyat Britain, sedangkan di sini, sebagai rakyat Amerika, kami rasa diabaikan. Seperti yang kita tahu, pentadbiran telah mengurangkan bajet mereka hampir separuh.”

Serangan balas dendam yang jelas itu berlaku tiga hari selepas Amerika dan Israel melancarkan “tindakan ketenteraan besar-besaran dan berterusan” terhadap Iran.

Iran bertindak balas tidak lama kemudian, menyerang kepentingan Amerika di Bahrain. Kuwait, Qatar dan UAE, semuanya menempatkan pangkalan tentera Amerika.

Semua negara tersebut mengesahkan bahawa mereka telah memintas peluru berpandu dari Iran. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg