Topic followed successfully
Go to BHkuKontroversi perbicaraan kes rasuah bekas menteri Indonesia
Kontroversi perbicaraan kes rasuah bekas menteri Indonesia
Pasukan pembela keluar dari sesi perbicaraan, dakwa proses mahkamah tidak adil
Apr 23, 2026 | 4:04 PM
Kontroversi perbicaraan kes rasuah bekas menteri Indonesia
Seorang wanita memeluk bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim, di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat pada 14 April 2026. - Foto RIVAN AWAL LINGGA
Perbicaraan rasuah bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Encik Nadiem Makarim, menyaksikan perkembangan baru pada 22 April apabila peguam bela beliau bertindak keluar dari sesi perbicaraan sebagai tanda protes terhadap proses yang disifatkan sebagai tidak adil dan tidak seimbang.
Pasukan pembelaan memaklumkan kepada media bahawa antara isu utama adalah keputusan mahkamah untuk meneruskan sesi hingga lewat malam, malah berlarutan sehingga selepas tengah malam.
Laporan berkaitan
Agensi rasuah Indonesia siasat bekas menteri berhubung kes suapan Google Cloud Aug 8, 2025 | 3:13 PM
Dakwaan rasuah perolehan komputer riba seret bekas menteri pendidikan IndonesiaJun 11, 2025 | 3:36 PM

