Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera naik, lebih 20 maut

Mar 11, 2024 | 02:12 PM



JAKARTA: Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera, meningkat kepada 26 orang, dengan 11 orang masih hilang.


Hujan lebat pada 7 Mac mencetuskan bencana di Kabupaten Pesisir Selatan di wilayah Sumatera Barat, dengan lebih 75,000 orang terpaksa berpindah.

“Sehingga Ahad (10 Mac), 21 orang ditemui mati dan enam orang masih hilang,” kata pegawai agensi pencegahan bencana Sumatera Barat, Encik Fajar Sukma, pada 11 Mac.

Sebuah perkampungan yang terletak di lereng bukit di daerah kecil Sutera, dilanda teruk, dengan kira-kira 200 keluarga di kawasan itu terpisah selepas tanah runtuh diikuti banjir kilat, kata pegawai itu.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang hilang pada 10 Mac, sedang pihak berkuasa menumpukan operasi di tiga kawasan yang terjejas akibat bencana itu, kata pegawai mencari dan menyelamat tempatan, Encik Abdul Malik.

“Pencarian hari ini melibatkan kira-kira 150 orang daripada organisasi bencana di Sumatera Barat,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai kanan dari agensi pencegahan bencana Pesisir Selatan berkata banjir mula surut tetapi akses ke kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh masih sukar kerana kawasan berbukit.

Di Kabupaten Padang Pariaman, juga di Sumatera Barat, hujan lebat menyebabkan sungai melimpah dan mencetuskan banjir dan tanah runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang, menurut kenyataan agensi bencana tempatan.

Indonesia terdedah kepada kejadian tanah runtuh semasa musim hujan dan masalah itu telah menjadi lebih teruk di beberapa tempat dengan penebangan hutan, dengan hujan lebat yang berpanjangan menyebabkan banjir di beberapa kawasan di negara kepulauan itu.

Tanah runtuh dan banjir menghanyutkan berpuluh-puluh rumah dan memusnahkan sebuah hotel berhampiran Danau Toba di Sumatera pada Disember, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >