Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa bumi di China: Angka korban cecah 149 selepas seminggu, 2 masih hilang

Dec 25, 2023 | 3:00 PM
MUSNAH: Lebih 200,000 rumah telah musnah dan 15,000 berada di ambang keruntuhan, akibat gempa bumi di barat laut China.
MUSNAH: Lebih 200,000 rumah telah musnah dan 15,000 berada di ambang keruntuhan, akibat gempa bumi di barat laut China. - Foto REUTERS

BEIJING: Salah satu gempa bumi paling kuat di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 149 orang, di kawasan terpencil di barat laut, menurut media pemerintah, dengan dua orang masih hilang selepas gegaran magnitud 6.2 melanda seminggu lalu.

Pusat gempa yang melanda wilayah Gansu dan Qinghai itu, ditemui di kawasan penduduk keturunan Hui, yang terdiri daripada kaum minoriti Islam di China.

Gansu banyak mengalami kerosakan akibat gempa itu.

Lebih 200,000 rumah telah musnah dan 15,000 berada di ambang keruntuhan, lapor media pemerintah China.

Sekitar 145,000 orang telah ditempatkan di pusat-pusat sementara, ekoran gegaran kuat yang mengorbankan 117 orang di wilayah itu, pada 22 Disember, dengan 781 orang mengalami kecederaan.

Di Qinghai, barat Gansu, 32 orang maut dan dua masih hilang setakat 11 malam pada 24 Disember, menurut media pemerintah.

Pihak berkuasa tempatan mengaitkan tahap kerosakan akibat gempa bumi itu dengan beberapa faktor termasuk paras, dan impaknya terhadap permukaan bumi yang lembut di rantau itu.

Kebanyakan rumah yang musnah dibina dari zaman dahulu, diperbuat daripada struktur kayu tanah atau kayu bata. Tembok penahan beban mereka dibina dari tanah, mengakibatkan pertahanan mereka lemah terhadap sebarang gempa bumi, kata pihak berkuasa tempatan.

Tragedi itu telah mendorong kepada keperluan untuk meningkatkan daya tahan gempa bumi di rumah-rumah di kawasan luar bandar, ujar laporan berita itu.

Gempa bumi sering berlaku di wilayah di sempadan timur laut dataran tinggi Qinghai-Tibet yang aktif secara tektonik, yang terdiri daripada sebahagian besar Tibet, Qinghai, Gansu, bahagian Xinjiang dan tanah tinggi di barat Sichuan.

Sepuluh tahun lalu di Sichuan, lebih 6,700 orang cedera dan lebih 160 terbunuh dalam gempa bumi berukuran 6.6 magnitud.

Pada 2010, gempa bumi bermagnitud 7.1 yang mengorbankan 2,700 orang di Yushu, kawasan yang sebahagian besarnya adalah Tibet di Qinghai. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg