Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CUACA EKSTREM

Korban ribut tropika Julia terus meningkat

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



SAN SALVADOR: Angka kematian akibat ribut tropika Julia meningkat kepada sekurang-kurangnya 25 orang sehingga kelmarin, kata pegawai, dengan kebanyakan mangsa berada di El Salvador dan Guatemala, sedang ribut yang semakin lemah itu menyebabkan hujan lebat di kawasan Amerika Tengah dan selatan Mexico.



Pihak berkuasa Salvador melaporkan kematian 10 orang, termasuk lima askar, dan berkata lebih 1,000 orang telah dipindahkan.



Di Guatemala, lapan terbunuh antara Ahad dan kelmarin, menurut pegawai, manakala tujuh cedera dan ratusan lagi terjejas akibat ribut itu.



Kelmarin pihak berkuasa di El Salvador dan Guatemala juga membatalkan kelas.



Di Honduras, lima mangsa telah disahkan terkorban termasuk seorang wanita pada Ahad selepas beliau dihanyutkan air banjir, dan seorang budak lelaki berusia empat tahun dalam bot yang terbalik, berhampiran sempadan Nicaragua pada malam Sabtu, kata pegawai.



Perkhidmatan kecemasan Panama mengesahkan kelmarin lagi dua kematian akibat hujan lebat, bersama-sama dengan kira-kira 300 orang dipindahkan dari masyarakat berhampiran sempadan negara dengan Costa Rica.



Julia mendarat Ahad lalu di pantai Caribbean Nicaragua sebelum menyeberang ke Lautan Pasifik.



Kelmarin, ribut itu bergerak ke barat laut pada kelajuan 24kmj di sepanjang pantai El Salvador ke arah Guatemala, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC).



NHC yang berpangkalan di Miami menganggarkan kelajuan angin berkekalan maksimum Julia pada kira-kira 45kmj



NHC memberi amaran tentang keadaan ombak dan kemusnahan yang mengancam nyawa di sepanjang pantai El Salvador dan Guatemala, manakala hujan lebat masih boleh menyebabkan banjir kilat.



Ia meramalkan hujan tambahan 2.5 hingga 10cm di El Salvador dan selatan Guatemala, dan 7.5 hingga 15cm di tanah genting Tehuantepec Mexico.



Sistem ribut dijangka semakin lemah kelmarin, kata NHC.



Pihak berkuasa Honduras menambah bahawa 9,200 orang mencari perlindungan di tempat perlindungan.



Di Nicaragua, Julia mengakibatkan sejuta penduduk tanpa bekalan elektrik dan hujan lebat serta banjir memaksa pemindahan lebih 13,000 keluarga. - REUTERS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >