Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan, AS mula latihan ketenteraan tahunan

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan ketenteraan tahunan bersama mereka semalam, dengan menyambung semula latihan di lapangan, ketika sekutu itu berusaha memperkukuh kesediaan menghadapi ujian-ujian senjata berpotensi Korea Utara.



Latihan musim panas itu, yang dinamakan semula tahun ini sebagai Perisai Kebebasan Ulchi, dijadualkan berakhir 1 September ini.



Ia diadakan setelah Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk Yeol, yang mengambil alih jawatan pada Mei lalu, berikrar untuk "menormalkan" latihan-latihan bersama tersebut dan meningkatkan keupayaan pencegahan terhadap Korea Utara.



Latihan bersama itu telah dipertingkatkan semula dalam beberapa tahun kebelakangan ini ekoran pandemik Covid-19, dan pemimpin sebelum Encik Yoon juga ingin menyambung semula rundingan dengan Pyongyang, yang melihat latihan itu sebagai suatu raptai untuk melakukan penaklukan.



Korea Utara melancarkan dua peluru berpandunya minggu lalu dari bandar pesisiran barat Onshon, setelah Korea Selatan dan AS memulakan latihan awal untuk latihan bersama tersebut.



North Korea menjalankan ujian peluru berpandu pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini tahun ini dan bersedia untuk menjalankan ujian ketujuh pula pada bila-bila masa, menurut para pegawai di Seoul.



Encik Yoon telah mengatakan bahawa pemerintahnya bersedia menghulurkan bantuan ekonomi sekiranya Pyongyang mengambil langkah ke arah pembebasan nuklear, tetapi Korea Utara telah menolak tawaran itu, malah mengkritik beliau.



Kementerian Pertahanan Seoul telah mengatakan sekutunya itu akan menjalankan 11 rancangan latihan di lapangan, termasuk satu pada peringkat briged - melibatkan ribuan askar - dalam musim panas ini.



Untuk mengatasi ancaman peluru berpandu Korea Utara yang semakin meningkat yang menyasarkan ibu kota Korea Selatan itu, kementerian itu menyatakan ia akan memperbaiki keupayaan mengesan peluru berpandu dan segerakan penggunaan sistem pemintas yang baru.



Penyertaan Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun dalam latihan pertahanan peluru berpandu balistik baru-baru ini berhampiran pesisiran Hawaii, yang pertama sejak latihan tersebut dimulakan pada 2017, dijalankan semasa hubungan antara Seoul dengan Tokyo berada pada paras yang paling rendah dalam beberapa tahun ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >