Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Utara lancar 3 peluru berpandu balistik jarak dekat

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Utara melancarkan tiga peluru berpandu balistik jarak dekat di timur Semenanjung Korea kelmarin, menurut Tentera Korea Selatan.



Pelancaran itu adalah yang terkini melibatkan sejumlah ujian dilakukan oleh Korea Utara tahun ini, sedang Pyongyang meneruskan pembinaan senjata di tengah-tengah jangkaan ia mungkin menjalankan ujian senjata nuklear buat kali ketujuh.



Tiga peluru berpandu balistik jarak pendek telah dilancarkan sekitar 8 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Singapura) dari Wilayah Hwanghae Utara, di selatan ibu kota Pyongyang, menurut Ketua Staf Bersama (JCS) Korea Selatan.



Menurutnya, pihaknya mengesan kehadiran peluru berpandu dari Daerah Chunghwa, kira-kira 60 kilometer (km) di selatan Pyongyang di ketinggian 100 km dan bergerak sejauh 350 km, lapor Agensi Berita Yonhap.



Bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan.



JCS mengecam pelancaran peluru berpandu itu dan menyifatkannya sebagai tindakan 'provokasi' yang menjejas keamanan dan kestabilan bukan sahaja di Semenanjung Korea bahkan masyarakat antarabangsa, dan 'jelas' melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).



"Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyeru agar ia dihentikan segera.



"Tentera kami akan mengekalkan kedudukan siap siaga yang kukuh berdasarkan keupayaan untuk bertindak balas secara besar-besaran terhadap sebarang provokasi Korea Utara," menurut JCS menerusi mesej teks yang dihantar kepada pemberita.



Pyongyang dijangka mengumumkan matlamat dasarnya untuk 2023 berikutan mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja pada minggu ini.



Korea Utara sebelum ini melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur pada 23 Disember. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >