Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Utara lancar peluru berpandu jelang ulang tahun Perang Korea

Ujian diadakan
di tengah-tengah ketegangan memuncak susuli penempatan aset ketenteraan strategik Amerika di Korea Selatan
Jul 25, 2023 | 06:58 PM



SEOUL: Pyongyang melancarkan peluru berpandu berkembar lewat Isnin, menjelang sambutan ulang tahun Perang Korea yang akan dihadiri pemimpin China dalam lawatan delegasi asing pertama ke negara itu sejak penutupan sempadan akibat pandemik dalam 2020.


Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyifatkan kededua peluru itu sebagai peluru berpandu balistik yang meluncur sejauh 400 kilometer sebelum jatuh ke laut, menurut laporan agensi berita Yonhap dari Korea Selatan dan Kyodo Jepun.


“Tentera kami mengesan dua peluru berpandu balistik Korea Utara yang diluncurkan dari kawasan berhampiran Pyongyang ke Laut Timur pada 11:55 malam 24 Julai dan tengah malam 25 Julai,” Yonhap memetik Ketua Turus Bersama Korea Selatan sebagai menyatakan demikian.


Pelancaran itu adalah yang terbaru dalam siri ujian senjata dalam beberapa minggu kebelakangan ini oleh Pyongyang.

Laporan itu tampil di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di semenanjung Korea ketika Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengambil langkah meningkatkan kesediaan ketenteraan menentang program senjata Korea Utara dengan penempatan aset ketenteraan strategik Amerika.

Minggu lalu, Korea Selatan menerima lawatan kapal selam berkeupayaan nuklear Amerika – yang pertama oleh kapal Amerika bersenjata nuklear dalam beberapa dekad.

Dan dalam satu langkah yang mungkin mencetuskan provokasi terhadap Korea Utara, kapal selam kedua Amerika, USS Annapolis, yang juga berkuasa nuklear, tiba di pangkalan tentera laut Korea Selatan ketika pelancaran peluru berpandu pada Isnin, menurut Yonhap lagi.


Rejim Korea Utara secara rutin menjalankan ujian senjata dan pelancaran itu dilakukan beberapa hari selepas pemimpin Kim Jong Un secara peribadi menyelia peluncuran peluru berpandu balistik antara benua terbaru negara itu, Hwasong-18.


Hubungan antara kedua-dua Korea kini berada pada satu titik sejarah paling rendah, kerana diplomasi antara Pyongyang dan Seoul telah terhenti dan Encik Kim telah menggesa supaya ditingkatkan pembangunan senjata, termasuk nuklear taktikal.

Dalam usaha bersifat pencegahan, Seoul dan Washington telah mengadakan latihan ketenteraan bersama melibatkan jet halimunan (Stealth) canggih dan aset strategik Amerika.

Rumah Putih memandang berat tindakan terbaru Pyongyang, dengan Setiausaha Akhbar Cik Karine Jean-Pierre dipetik sebagai berkata: “Kami pastinya mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara.”

Ujian peluru berpandu itu “menimbulkan ancaman kepada jiran Korea Utara dan masyarakat antarabangsa,” kata Cik Jean-Pierre sambil menambah: “Komitmen kami terhadap pertahanan Republik Korea dan Jepun tetap kukuh”.

Pelancaran pada Isnin itu dibuat menjelang perayaan di Korea Utara minggu ini sempena ulang tahun ke-70 berakhirnya pertempuran dalam Perang Korea.

Delegasi China yang diketuai oleh anggota Politburo Li Hongzhong akan berkunjung ke Utara untuk merayakan acara itu, kata Agensi Berita Pusat Korea. – AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >