SAN FRANCISCO: Wadah sewa penginapan Airbnb mengumumkan semalam (5 Mei) bahawa mereka akan memberhentikan 25 peratus tenaga kerjanya - iaitu kira-kira 1,900 orang - sedang pandemik Covid-19 terus menjejas teruk industri pelancongan.
Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu perlu memberhentikan kakitangannya untuk kekal bertahan sehingga orang ramai mula kembali melancong, kata pengasas bersama dan ketua eksekutif Airbnb Brian Chesky menerusi satu blog.
"Kita sedang melalui krisis yang paling mengerikan dalam hidup kita dan... ini akan menyebabkan pelancongan sedunia terhenti," kata Encik Chesky.
Airbnb menjelaskan bahawa ia akan cuba meringankan kesan daripada pemberhentian kerja itu dengan memberi insurans kesihatan selama 12 bulan kepada pekerja yang diberhentikan dan lain-lain lagi usaha untuk membantu mereka.
"Pasukan di semua pejabat Airbnb akan terjejas," kata Encik Chesky sambil menambah, kebanyakan pasukan akan dikecilkan saiznya. - AFP, Reuters.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg