Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Kes baru di China terus merosot

Feb 19, 2020 | 8:46 AM
SUDAH PULIH: Seorang pesakit berusia 83 tahun (berkerusi roda) yang sudah pulih keluar dari sebuah hospital sementara untuk pesakit koronavirus di Wuhan pada 18 Februari lalu.
SUDAH PULIH: Seorang pesakit berusia 83 tahun (berkerusi roda) yang sudah pulih keluar dari sebuah hospital sementara untuk pesakit koronavirus di Wuhan pada 18 Februari lalu. - Foto: AFP

WUHAN: Angka korban akibat penularan koronavirus baru di China melepasi 2,000 pada Rabu (19 Februari) setelah 132 lagi orang meninggal dunia di wilayah Hubei, yang paling teruk terjejas dengan wabak itu.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan 1,749 kes baru jangkitan virus itu, kenaikan paling rendah sejak 29 Januari, sedang wilayah Hubei melaporkan jumlah kes baru terendah sejak 11 Februari.

Dalam laporan hariannya, suruhanjaya kesihatan Hubei juga melaporkan 1,693 kes jangkitan baru.

Dengan angka terkini, jumlah kes jangkitan di Hubei mencapai 61,682.

Di peringkat negara pula, jumlah kes jangkitan pula kini mencecah 74,000 dengan 2,000 kematian, yang daripadanya tiga suku telah berlaku di Wuhan, ibu kota Hubei, tempat virus itu dipercayai mula menular. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg