Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Australia sahkan dua warga dari kapal persiaran dijangkiti

Feb 21, 2020 | 11:20 AM




SYDNEY: Dua warga Australia yang dipindahkan dari satu kapal persiaran di Jepun telah diuji positif bagi koronavirus selepas pulang ke tanah air mereka, kata jabatan kesihatan Australia pada Jumaat (21 Februari).


Australia semalam memindahkan 170 rakyatnya dari kapal persiaran Diamond Princess, dimiliki Carnival Corp, yang telah dikurung di dalam kabin mereka sejak 3 Februari apabila kapal itu dikuarantin di Yokohama, terletak di selatan ibu kota Tokyo.


Selepas tiba di bahagian utara tropika Australia, di mana mereka akan dikuarantin selama 14 hari, kesemua penumpang diperiksa dan mereka yang mengadu tidak sihat akan diuji bagi koronavirus.


“Enam orang dikenal pasti mengalami simptom pernafasan ringan dan/atau demam,” kata Jabatan Kesihatan Australia dalam satu kenyataan emel.


“Dua daripada mereka telah diuji positif bagi jangkitan Covid-19,” tambah mereka. - Reuters.




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >