Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Bekas ketua Jemaah Islamiyah Indonesia, Abu Bakar Bashir, minta dibebaskan dari penjara lebih awal

Apr 3, 2020 | 8:33 PM
RISIKO DIJANGKITI VIRUS: Abu Bakar Bashir dijatuhkan hukum penjara selama 15 tahun pada 2011 dek menawarkan bantuan kewangan kepada satu kem latihan pengganas di Aceh. - FOTO: AFP.
RISIKO DIJANGKITI VIRUS: Abu Bakar Bashir dijatuhkan hukum penjara selama 15 tahun pada 2011 dek menawarkan bantuan kewangan kepada satu kem latihan pengganas di Aceh. - FOTO: AFP. -

JAKARTA: Bekas ketua Jemaah Islamiyah Indonesia, Abu Bakar Bashir, telah meminta pemerintah Indonesia untuk mengizinkannya bebas dari penjara lebih awal bersama banduan lain supaya dapat mengelakkan daripada dijangkiti penularan koronavirus di dalam penjara setempat yang menampung ramai orang.

Dalam satu surat yang dikirim pada Jumaat (3 April), peguam yang mewakili Bashir, 81 tahun, Encik Achmad Michdan, merayu kepada pemerintah agar anak guamnya diberikan keutamaan kerana dia sudah lanjut usia dan mudah terdedah jangkitan virus berkenaan, lapor The Straits Times (ST).

Tambah Encik Achmad, keutamaan itu juga harus diberikan kerana pemimpin agama kumpulan Jemaah Islamiah (JI) di rantau Asia Tenggara itu tidak pernah didakwa melakukan sebarang serangan bom.

Beliau yang merujuk kepada maklumat yang diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), berkata bahawa mereka yang berusia 65 tahun ke atas merupakan golongan yang paling terdedah jangkitan virus Covid-19 itu.

"Memandangkan fakta bahawa penjara tidak mempunyai kemudahan pengasingan dan jumlah sel yang kurang mencukupi bagi menerapkan langkah jarak selamat, ia bakal meningkatkan risiko banduan berusia 65 tahun ke atas dijangkiti virus itu," kata Encik Michdan dalam satu surat yang dihantar ke Ahli Parlimen dan kementerian hak asasi manusia dan undang-undang setempat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg