Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Koronavirus: Brunei sahkan lima lagi kes, membawa jumlah keseluruhan kepada enam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Koronavirus: Brunei sahkan lima lagi kes, membawa jumlah keseluruhan kepada enam

Mar 10, 2020 | 10:04 PM

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melaporkan lima lagi kes jangkitan koronavirus pada Selasa (10 Mac), sehari selepas mengesahkan kes pertamanya pada Isnin, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Kementerian itu mengumumkan bahawa lima orang berhubung dekat dengan kes pertama Covid-19 juga telah diuji positif virus itu dan telah diasingkan untuk menjalani rawatan di Pusat Kuarantin Nasional di daerah Tutong. 

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Brunei pada petang Selasa juga mengumumkan bahawa cuti sekolah penggal pertama yang dijadualkan pada 16 Mac akan dianjak ke tarikh lebih awal, iaitu 11 Mac.

Seorang lelaki warga Brunei telah diuji positif virus pada Isnin selepas pulang dari Kuala Lumpur, Malaysia pada 3 Mac. 

Kementerian Kesihatan menambah kesemua enam pesakit berada dalam keadaan baik dan stabil setakat ini. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3