Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Dua warga Iran terkorban dek koronavirus, kematian pertama di Timur Tengah

Feb 20, 2020 | 08:22 PM



TEHERAN - Dua orang terkorban di Iran setelah disahkan menghidap koronavirus pada Rabu (19 Feb), kata kementerian kesihatan negara itu.



Ini merupakan kes jangkitan pertama di repablik itu.



Menurut agensi berita YJC, kededua orang yang terkorban itu merupakan warga Iran dan penduduk bandar, Qom.



Kededua kes tersebut juga merupakan kematian pertama di Timur Tengah ekoran koronavirus dan kematian ketujuh dan kelapan di luar China. 



Sejauh ini, penularan virus itu telah membunuh lebih 2,000 orang.



Agensi berita IRNA melaporkan bahawa Encik Kianoush Jahanpour,  jurucakap kementerian kesihatan Iran, mengatakan bahawa virus itu dikesan dihidapi dua warga emas yang sudah mempunyai masalah imuniti di Qom, terletak di bahagian selatan ibu kota Iran.



"Berdasarkan kes penyakit pernafasan kronik yang dilaporkan di Qom baru-baru ini, dua pesakit disahkan mempunyai koronavirus setelah pemeriksaan peringkat awal dijalankan.



"Namun mereka telah meninggal dunia di unit jagaan rapi kerana sudah lanjut usia dan mempunyai masalah imuniti," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >