Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Indonesia mungkin larang warga balik kampung pada Hari Raya

Mar 27, 2020 | 06:16 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia kini sedang merancang untuk melarang kegiatan ‘mudik’, iaitu balik kampung bagi Hari Raya Aidifitri tahun ini demi mencegah penduduk bandar daripada potensi menyebarkan koronavirus ke bandar-bandar kecil dan kawasan kampung di seluruh nusantara itu. 



Namun, persoalannya kekal mengenai bagaimana larangan itu akan dikuat kuasakan.



Ramadan dijangka berlangsung mulai 24 April hingga 23 Mei pada tahun ini, diikuti dengan cuti Hari Raya pada 24 dan 25 Mei.



Musim Aidilfitri ini dijangka menyaksikan sekitar 20 juta orang pulang ke kampung masing-masing, menyebabkan pergerakan besar-besaran penduduk bandar ke kawasan luar bandar.



Sehingga Khamis (26 Mac), Indonesia melaporkan 893 kes jangkitan dan 78 kematian akibat koronavirus. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >