Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Indonesia tingkat protokol kesihatan di sempadan sedang pekerja pulang dari luar negara

Apr 30, 2020 | 06:29 PM

JAKARTA: Indonesia sedang meningkatkan protokol kesihatan di sempadan utama untuk menangani kepulangan tenaga kerja asingnya di tengah-tengah krisis Covid-19, sedang ribuan pekerja Indonesia kini dalam perjalanan pulang.


Menteri Luar Retno Marsudi berkata pemerintah membincangkan aliran masuk pekerja asing Indonesia itu di satu mesyuarat semalam dan menentukan dasar untuk mengurangkan kemungkinan risiko mengimport kes Covid-19, lapor The Straits Times.

Pemerintah telah menetapkan Jakarta, Bali, Makassar dan Medan sebagai pintu masuk bagi warga Indonesia yang pulang melalui udara, sementara Batam, Tanjung Priok, Benoa, Dumai dan Tanjung Balai Karimun adalah pintu masuk bagi mereka yang pulang melalui laut.


"Di setiap pintu masuk, akan ada kemudahan kuarantin khusus untuk mereka yang mengalami gejala. Kami juga (mempunyai) kemudahan transit khusus untuk pekerja asing yang masuk sebelum mereka pulang ke rumah mereka di pelbagai daerah di Indonesia," tambah Cik Retno dalam sidang media maya pada pagi ini.


Warga Indonesia yang pulang yang tidak mempunyai simptom bagaimanapun akan digalakkan untuk mengasingkan diri di rumah selama 14 hari.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >