Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Kes di India naik mendadak

Mar 04, 2020 | 07:52 PM



KES koronavirus di India naik mendadak pada Rabu (4 Mac), dengan 22 kes baru dilaporkan di tengah-tengah rasa cemas semakin meningkat di negara itu.


Jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 di India, negara yang memiliki bilangan penduduk kedua paling ramai di dunia selepas China, kini mencecah 28 kes, menurut Menteri Kesihatan Harsh Vardhan.


Ini termasuk tiga kes awal, yang telah pulih, di negeri selatan Kerala.


Menteri Kesihatan India berkata 16 pelancong Italy dan seorang warga India yang memandu mereka telah disahkan positif dijangkiti virus itu.


Secara berasingan, enam saudara lelaki yang dilaporkan positif pada Isnin juga disahkan dijangkiti virus itu.


Di tengah-tengah pembelian panik bagi pelitup dan penyahjangkit di beberapa bahagian negara, Perdana Menteri Narendra Modi, yang menggesa warga India agar tidak cemas, juga meminta orang ramai supaya mengelakkan perhimpunan besar.


"Pakar serata dunia telah menasihatkan agar mengurangkan perhimpunan besar-besaran bagi mengelakkan penyebaran Koronavirus Novel Covid-19. Oleh itu, tahun ini saya telah memutuskan untuk tidak menyertai mana-mana program Perhimpunan Holi," kata Encik Modi, merujuk kepada pesta warna bagi penganut agama Hindu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >