Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Kes import di China meningkat, semua libatkan warga sendiri

Mar 03, 2020 | 05:26 PM



BEIJING - Pihak berkuasa di China pada Selasa (3 Mac) menggesa warganya yang berada di luar negara untuk mempertimbangkan semula atau mengurangkan rancangan perjalanan mereka sedang virus Covid-19 semakin menular di serata dunia kerana ia bakal meningkatkan jumlah kes jangkitan yang diimport dari luar negara ke dalam China.



Sejauh ini, terdapat 13 kes yang disahkan merupakan jangkitan koronavirus yang diimport masuk ke China dan semuanya adalah warga setempat yang baru pulang dari negara lain.



Media China melaporkan bahawa pelancong dari negara-negara yang dilanda teruk wabak itu yang tiba di wilayah Guangdong - satu daerah ekonomi dan eksport penting di selatan China - harus menjalani kuarantin selama 14 hari.



Bandar Shanghai, hab kewangan negara itu juga telah mengumumkan bahawa semua orang, tidak kira kewarganegaraan mereka, harus dikuarantin selama 14 hari jika mereka telah melawati bandar-bandar yang terletak di negara yang menghadapi wabak dalam 'keadaan serius,' kata seorang pegawai pihak berkuasa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >